Thursday 31 October 2013

HAH??? Ustaz Fathul Bari Masuk PKR??? #PRKSgLimau

Ustaz Azam Menjadi Kuda Tunggangan Siapa Pula Kali Ini? #PRKSgLimau


PAS kini dilihat semakin agresif mencari ruang untuk mengawal permainan politik di Sungai Limau. Antaranya mengaitkan calon PAS Ustaz Azam dan Allahyarham Ustaz Azizan yang dikatakan mesra bersama.

Puiii...gambar pun superimposed..untuk pengetahuan semua gambar-gambar dia dengan Ustaz Azizan pun program-program rasmi..tak ada pun yang duk minum kopi ke makan ke..haram satu pun tak ada!

Dah tu tak ada pulak permohonan maaf dari beliau sampai la ni..Kalau TPM tu sampai ke Madrasah puak PAS ni cari!

Adakah calon PAS kali ini juga menjadi 'kuda tunggangan' seseorang yang ada kaitan dengan pilihanraya kali ini seperti di PRK Kuala Besut?

#PRKSgLimau: [VIDEO] BN Tunjuk Kematangan Berbanding PAS - Dato @razaliibrahim



Steadylah Dato Razali Ibrahim atau lebih senang dikenali sebagai DRI. Barisan Nasional hari ini menunjukkan kematangan sepanjang kempen pilihanraya kecil di Sungai Limau berbanding PAS.

DRI yang ditemui semalam mengunjungi penduduk tempatan dari pagi hingga ke petang. Sempat juga beriadah bermain futsal dengan belia-belia kampung!

Kan gua dah pesan awal-awal..kempen secara bijak..ni DRI pun dah cakap..apa lagi...tak silap gua ada pemimpin PAS mengatakan "jadilah ikan yang bijak"..hahaha..tak kan tu pun tak paham-paham lagi!


Tuesday 29 October 2013

Mesyuarat SULIT PAS Dan SUHAKAM Di Gunung Jerai Terbongkar!!! #PRKSgLimau


HANGAT macam goreng pisang!! PAS mula menyusun strategi dengan mesyuarat penting yang diadakan di puncak Gunung Jerai kat Regency Hill Resort!! Tudia tempat mahal tu beb!! Gua pun tak mampu nak check in situ!!

Gua dapat tahu ada mesyuarat sulit diantara pemimpin PAS dan SUHAKAM sebaik saja dapat maklumat gua pun apa lagi panjat gunung la!! Masa duk panjat tu penuh gak la cabaran gua nak mendaki..maklum la kereta buruk..tak berdaya dah nak panjat sampai ke puncak ni!

Sebaik je gua sampai gua ternampak muslimah-muslimah PAS (gambar gua tak dapat nak snap masa tu sebab hujan) Masa duk pusing-pusing kat resort tu mencari tempat mesyuarat yang diadakan ternampak pula dengan seseorang yang dikenali iaitu Syed Hussein Al-Attas atau pun Pak Habib.

Gua not very sure la sama ada Pak Habib join ke tak meeting tu..tapi yang penting kenapa mesyuarat itu diadakan di tempat yang memang susah nak cari..adakah kandungan mesyuarat itu ada kaitan dengan Pilihanraya Kecil di Sungai Limau ini?

Yang pasti mesyuarat itu mesti mengandungi perkara-perkara yang sulit! Kalau mesyuarat biasa-biasa boleh je buat kat command center PAS kat Sungai Limau tu! Ni mesti ada agenda yang sangat sulit antaranya mungkin cara untuk memenangkan calon PAS dan menenggelamkan calon BN!! (selanjutnya)

Lepas Ayah, Jamil Khir Pula Dituduh Menyokong Calon PAS!! #PRKSgLimau


HAHAHA!!! Puak pembangkang ni kalau spin tudiaa spin macam washing machine tu!! Eh kenapa gua loghat utara lak ni! Sejak berkampung kat Sungai Limau ni duk terikut-ikut lak loghat sini! Nasib baik tak ada PRK kat Thailand! HEHEHE..

Puak PAS telah pun mula memainkan persepsi yang ayah kepada Jamil Khir, Ahli Parlimen Jerai menyokong calon PAS untuk Pilihanraya Kecil di DUN Sg Limau ini..

Sekarang ni duk spin pulak Dato Seri Jamil Khir sendiri pun menyokong PAS dengan mengaminkan kononnya kandungan doa itu lebih kepada doa membawa kemenangan untuk calon PAS itu yang dibaca sendiri oleh Ustaz Azam..

Haha..HELLO brader!! Jamil Khir tu kan ahli Parlimen Jerai yang mana merangkumi DUN Sungai Limau sekali..dah tentu la dia kena mai program yang dibuat penduduk tempatan..atas tu pun gambar lama bukan masa Ustaz Azam ni di calonkan untuk bertanding kat Sungai Limau ni..!!

Tak ada modal la tu nk spin..adoi kesian gua tengok lu orang penat pikir idea nak memfitnah..HAHAHAHAHA!!!!!

TERKINI : Perghh Tudiaaa.."10,000" Mai Ceramah PAS!!! #PRKSgLimau


Malam ini di Sungai Limau ketika gua duk pusing-pusing mencari kedai makan gua ternampak ada satu tempat yang di"penuhi" oleh puak-puak PAS!

Hampir "10,000" orang bila gua kira-kira siapa yang ada kat kawasan tu..HAHAHA!!!

Actually tak ada pun 10,000 orang yang gua maksudkan tu..ada la dalam 10 orang kot..yang menarik perhatian gua adalah penceramah yang ada disitu..Lu orang nak tau siapa dia?

CERAMAH BOB LOKMAN KURANG DAPAT SAMBUTAN
Disebabkan lens kamera gua tak dapat nak zoom jauh-jauh setakat ni je la yang gua dapat snap..gua bukan ada gajet mahal-mahal ok!! Ok back to topic..HELLO KAWAN..Ni ceramah Bob Lokman tu der..Takkan tak ada sambutan langsung..

Kalau macam ni la gayanye, PAS silap memilih pengarah pilihanraya kali ini! Tak strategies langsung! Disebabkan crowd yang tak ramai gua pun angkat kaki dari situ..nanti gua update lagi story kat sini

Monday 28 October 2013

HANGAT!! Puak PAS Kantoi Buat Auta!! #PRKSgLimau


Muahahaha!!! Puak PAS kantoi lagi la labu!!! Nak tau kantoi apa?Kantoi MENIPU beb!!!

Ada ke patut gambar asal dua orang wartawan yang nak interview Mantan Menteri Besar Kedah, Almarhum Ustaz Azizan di superimpose kan ke wajah calon PAS Ustaz Azam!

Konon nak tunjuk calon dapat restu dari ADUN sebelum ni la!!


Agak-agak la nak buat kerja kotor sampai macam tu sekali nak meraih undi dan simpati orang ramai..isk3...

Gua pesan kat lu orang nak raih undi bukan macam tu caranya..pergi jumpa penduduk semua berkempen la dengan cara yang sihat ok puak-puak PAS?

Sunday 27 October 2013

@abby_abadi112 apa cerita hilang tak mai ceramah? #PRKSgLimau


Gua malam ni round2 di Sungai Daun gara2 nk tengok ceramah Abby Abadi..gua pun round2 la cati kawasan..cari punya cari hampir 1 jam mencari di jalan yang sama

Hasilnya gua xjumpa..gua duk lepak kedai kopi kena secawan dulu..habis minum tergerak lak hati nak round sekali lagi cari tempat ceramah Abby Abadi..

Hasil yang sama..gua tak jumpa tempat ceramah abby yang dijadualkan di UPU Sungai Daun..

Akhirnya gua amek keputusan tanya kat markas PAS yang gua dah lalu berulang kali tadi..

Gua bagi salam dan salam gua disambut baik oleh orang di markas PAS.. gua pun tanya la..ni UPU Sungai Daun ka? Dia cakap betul la ni..awat? Gua pun balas balik tanya dalam jadual sepatutnya ada ceramah abby abadi malam ni kat sini..

Dia pulak buat muka heran dengan gua mengatakan tidak dimaklumkan mengenai kedatangan penceramah tersebut.

So gua pun salam semua orang gua angkat kaki beredar dari situ..

Kesimpulannya disini petang tadi ada member gua cakap ceramah abby petang tadi kat Sungai Limau ni pun suram.. tak ramai yang mai..

Adakah disebabkan crowd yang tak ramai itu punca abby membatalkan jadual ceramahnya pada malam ini?

Sama-sama kita renungkan...

Penyokong Pembangkang Jangan Kurang Ajar!! - Zahida #PRKSgLimau @ahmadmaslan @tunfaisal




Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarikh Khan mengingatkan jentera Puteri supaya berkempen secara berhemah sepanjang kempen pilihanraya di sini. Beliau juga menasihatkan para jentera Puteri bergerak secara kumpulan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Zahida berkata demikian ketika ditemuramah oleh pemberita selepas merasmikan acara sukaneka bersama penduduk di Sungai Dedap anjuran Pegerakan Puteri UMNO Malaysia.

Menurutnya, tindakan provokasi oleh pihak pembangkang menggangu jentera Puteri ketika berkempen adalah tindakan kurang bijak.

“Provokasi dan gangguan oleh penyokong pembangkang tidak dapat melunturkan semangat dan moral kami. Kami akan sentiasa bertemu dengan rakyat bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau”, katanya.

Ini adalah kali pertama jentera Pergerakan Puteri UMNO Malaysia turun padang membantu kempen BN selepas pemilihan UMNO yang lalu. Puteri akan melaksanakan beberapa program bagi memfokuskan 5,600 pengundi muda di Sungai Limau.

Fathul Bari Gesa Penduduk Tempatan Amal Politik Perpaduan #PRKSgLimau @ahmadmaslan @TunFaisal




Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa penduduk tempatan mengimarahkan masjid ketika memberi tazkirah sempena acara sukaneka dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di PDM Sungai Dedap, Sungai Limau, hari ini di sini.

Beliau menggesa penduduk tempatan supaya mengamalkan politik perpaduan seperti tuntutan Islam walaupun parti politik bertanding sedang sibuk berkempen.

Dr. Fathul Bari mengegaskan, perbezaan ideologi politik sepatutnya tidak merosakkan hubungan dan ukhwah di kalangan penduduk setempat.

“Perbuatan memboikot majlis kematian dan kenduri kerana berbeza pandangan politik adalah tidak wajar.
“Berpolitik ada nilai-nilai dan batas-batas syariah yang perlu kita patuhi. Kerana itu, politik perpaduan adalah penting bagi menjaga kepentingan rakyat di sini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya para pengundi memilih calon Barisan Nasional (BN), Prof.Dr. Ahmad Sohaimi Lazim pada 4 November ini demi perubahan di Sungai Limau.

Turut hadir di program sukaneka ,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarikh Khan dan calon BN, Prof.  Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.