Monday 25 November 2013

HOT!!! Siapa Kena Rogol Ni?


Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.

Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan menghisap rokok itu kemudiannya mengadu dirogol oleh suspek dan seorang lagi rakannya.

Selain dirogol, mangsa juga mendakwa turut dipukul dan telefon bimbit, pasport serta sejumlah wang telah dilarikan suspek.

Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Kes kini sedang disiasat untuk tindakan lanjut.

Thursday 21 November 2013

Muktamar Dewan Ulamak PAS Bermula!


Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke-52 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), secara rasmi membuka tirainya kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Acara pembukaan Muktamar kali ini dimulakan dengan bacaan doa pembukaan oleh Naib Ketua Dewan Ulamak Datuk Dr Mahfodz Mohamad sebelum muktamirin diperdengar alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh qari jemputan Ustaz Tarmizi Ali.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Muktamar Dewan Ulamak, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Tuan Guru Harun Taib.

Ucapan Dasar Ketua Dewan Ulamak bagaimanapun dibacakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Hari ini, kira-kira 600 perwakilan Dewan Ulamak akan membuat pemilihan dan pengundian bagi mengisi 13 jawatan ahli jawatankuasa dewan itu.

Tiada pengundian bagi jawatan tertinggi dewan, termasuk Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Ulamak kerana kesemua jawatan tersebut telah dimenangi tanpa bertanding seperti tahunntahun sebelum ini.

Jawatan Ketua Ulamak PAS kekal disandang oleh Datuk Tuan Guru Harun Taib, Timbalan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Naib Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Tuesday 19 November 2013

Lepas Rumah Urut, Pusat Judi Pulak Tumbuh Macam Cendawan


Gua dari kecik jelas dengan hukum judi itu haram! Apa yang gua nak bagi tau kat lu orang Selangor ni dah teruk dah sejak beberapa tahun ni sepanjang pentadbiran Pakatan Haram di Selangor. 

Sekarang ni dah masuk penggal kedua kalau dulu gua dedah pasal rumah urut sekarang gua nak dedah pulak pasal pusat perjudian.

Pusat perjudian ni senang je nak cari, lu orang cari la area-area Sri Kembangan, Puchong, Petaling Jaya eh macam-macam tempat lagi la yang tak perlu gua nyatakan kat sini. 

Kadang-kadang tu signboard pusat latihan snooker, naik atas memang ada table tapi siap ada machine wa ckp lu. Tauke yang bijak tu dia buat tempat machine tu tersorok sikit. Gua cakap ni benda realiti. Gua sendiri masuk tempat tu. Tapi bila gua buat report macam tak ada function je. Buat report ada je balik machine tu.


Paling gua rasa tercalar bila anak-anak Melayu ni yang duk sibuk main machine tu. Gua sedih sebab lu orang menjana ekonomi orang cina. Lu orang punya poket jugak yang rabak. Yang untung Cina, yang melabur duit takde untung Melayu.

Jadi masa sidang DUN Selangor tu gua harap ada la adun-adun membangkitkan isu ini. Paling tidak pun adun PAS mesti menyokong bahawa pusat-pusat macam ni perlu dihentikan pengoperasian dan ditutup terus.

PAS sebagai parti yang menegakkan ISLAM jangan menjadi anjing tunggangan DAP di Selangor. Jangan lupa hukum Islam semata-mata kerana politik.

Monday 18 November 2013

'Ikan Duyung' Dimana-mana!


Terdapat hanya sesuatu yang menarik tentang istana, puteri dan fairies. Begitu juga dengan ikan duyung yang mana sifatnya yang ajaib membuatkannya ada peminat tersendiri.

Akademi ini menawarkan 40 dolar untuk sesi dua jam di mana pelajar akan memakai sarung ekor, berenang dan membuat aksi-aksi seperti seekor ikan duyung di dalam air.

Penyelam dan perenang profesional pula mengajar pelajar untuk membuat 'bubble ring', melakukan tendangan ikan dolphin dan juga 'handstand'.

Anabelle Jimenez menonjolkan tentang keindahan dan pengembaraan yang berkait rapat dengan ikan duyung. Cara penyampaiannya yang berkualiti itu menarik minat kanak-kanak dan orang dewasa.

Dan bagi mereka yang hanya mahu mengambil gambar diri mereka memakai ekor ikan duyung, akademi ini menawarkan 'mermaid makeover' untuk sesi bergambar juga.

Jadi jika Hogwarts(Harry Potter) seolah-olah terlalu jauh untuk menjadi realiti, cubalah melawat ke Philippine Mermaid Swimming Academy di Manila.

Kereta Lebih 12 Tahun Tak Selamat? Turun Harga Kereta 3 Biji RM35 Baru Boleh Sembang OK!!



Lepas satu, satu lagi masalah dari agensi yang berkenaan! Haih gua dah jenuh nak menepis segala tohmahan ni. Apa pun kali ni gua tak boleh berdiam diri sebab ni melibatkan gua jugak!

Cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ni merupakan suatu penemuan baru kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Lu orang nak tau apa cadangan yang dikatakan? Kereta berusia 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya!

Gua nak habis bayar kereta pun merangkak hutang 9 tahun..Dah habis bayar baru nak bernafas lepas 3 tahun tak kan gua nak kena beli kereta lain? Lu ingat beli kereta boleh beli longgok? 3 biji RM35?

Kepada agensi yang berkenaan mohon buat research tu pikir masalah negara dan rakyat sekali! Pak Menteri pun dengarlah keluhan rakyat ni bukan tukang-tukang kipas kat agensi tu!

Gambar Terkini Muka Pengawal AMBank!


SEMALAM polis melanjutkan tahanan reman ke atas lelaki yang didakwa menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib.

Tahanan reman ke atas Laode Ardina Laude Rasila, 35,  dilanjutkan selama seminggu di mana dia akan kekal di lokap balai polis Petaling Jaya sehingga 23 November untuk disoal siasat mengenai kes bunuh dan rompak.

Suspek yang berasal dari Sulawesi itu dan memiliki MyKad palsu diiringi oleh polis memasuki kamar perbicaraan.

Yang hangat diperbincangkan di internet adalah wajah suspek yang jelas kelihatan letih dan tidak bermaya.


Apa-apa ajalah, yang pasti kalau dia berani membuat onar, dia kenalah berani menanggung akibatnya.

Dalam lokap sendiri mau ingatlah, makan terhad, tidur terhad, kesenangan ketika berada di luar dah tentu tidak akan sama.

Untuk rekod, Rasila yang bekerja sebagai pengawai keselamatan didakwa menembak mati Norazita, 37, ketika beliau membuka peti besi di AmBank cawangan Subang Jaya.

Suspek dipercayai melarikan wang tunai berjumlah RM450,000 dengan sebuah motosikal.

Polis kemudiannya menemui RM20,000 daripada isterinya di rumah mereka.

Polis turut menahan dua rakannya yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan MyKad palsu.

Isteri, dua rakannya dan empat yang lain turut ditahan. - mynewshub

Friday 15 November 2013

POLIS KENALPASTI 4 SUSPEK KES BUNUH @PDRMsia


Ipoh - Kes pembunuhan seorang lelaki di rumah sewanya di Simpang Pulai, di sini Sabtu lepas menjurus kepada dendam antara dua kumpulan kongsi gelap, kata polis.

Siasatan dan risikan polis setakat ini mendapati kesemua suspek dan mangsa kejadian itu terlibat dalam kegiatan kongsi gelap, kata Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti empat suspek utama kes itu dan tangkapan akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.

"Kejadian itu lebih menjurus kepada dendam antara kumpulan 04 dan 08, mungkin pertelingkahan tetapi bukan semata-mata perebutan kawasan," katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis dan Pengerusi Perkep negeri Perak di sini hari ini. [KLIK untuk selanjutnya]

Saturday 2 November 2013

HUH!! Apa Lagi Tunggu Jom Pakat Hijrah!! #PRKSgLimau #BeraniHijrah


Ya..gua tiba-tiba nak lu orang imbas kembali semasa Kedah ini masih dibawah tampuk pemerintahan Barisan Nasional..

Kalau sekarang Muhkriz dah bagi macam-macam kesenangan walaupun tak sampai setahun lagi jadi Menteri Besar Kedah..Cuba imbas kembali semasa ayah Muhkriz, Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri apa yang diberi kepada rakyat..

Gua tak nak story kat lu orang..lu orang dengar sendiri dari apa yang orang kampung cakap ok?

Sempoi MB Kedah!! Rakyat Sungai Limau Yang Selama Ini Dianaktirikan Kini Mendapat Kesenangan!! #PRKSgLimau


Alhamdulilah...sedikit sebanyak walaupun belum memenangi DUN Sungai Limau ini kerajaan negeri yang dinaungi Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Muhkriz Mahathir hari ini mengumumkan Perumahan Aman Makmur untuk penduduk Sungai Limau di sini.

Buka lah mata untuk orang-orang Sungai Limau yang kerajaan mampu memberi lebih dengan kemenangan Barisan Nasional di Sungai Limau ini..yang senang rakyat juga..dengan adanya pembanggunan maka ekonomi setempat itu mampu dijana dengan lebih tinggi.



HAHAHA!!! Harakahdaily Dah Tak Ada Modal Nak Tulis Artikel!! #PRkSgLimau


Semalam,wartawan Harakah mengkritik Calon BN bagi DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi memakai kopiah putih kononnya meniru cara pemakaian orang PAS yang sinonim dengan cara berkenaan. Laporan berkenaan jelas menunjukkan bahawa hanya ahli PAS dan calon PAS sahaja yang layak memakai kopiah putih memandangkan mereka adalah bertaraf ulamak.

PAS juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memakai kopiah putih ketika menunaikan solat di beberapa buah masjid sekitar Sungai Limau baru-baru ini.

Kritikan dan pertikaian ini menampakkan sikap kurang ilmu pengarang Harakahdaily. Jika pengarang tersebut biasa dengan kehidupan masyarakat kampung di Kedah, pemakaian kopiah putih melangkaui batas politik. Adalah biasa orang UMNO dan pemimpin UMNO memakai kopiah putih dalam majlis-majlis masyarakat di kampung.

Pemimpin UMNO seprti Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Othman Abdul (Ahli Parlimen Pendang), malah Tun Dr Mahathir Mohamad turut memakai kopiah putih dalam program-program di kawasannnya ketika menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu. Cuma pemimpin UMNO tidak memakai kopiah putih untuk menjual imej agama yang dicipta dan dirangka oleh Pas sejak dahulu.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga sekali sekala memakai kopiah putih mengikut keperluan majlis. Anehnya pengarang Harakahdaily ini bukan sahaja bebal malah malas melakukan penyelidikan.

Di dalam Islam, tidak pernah ada hadis atau suruhan yang menyatakan orang-orang PAS atau pemimpin PAS sahaja yang boleh memakai kopiah putih. Malah, di dalam Al-Quran juga tidak termaktub seperti peraturan PAS ini.

Nampaknya, PAS mewujudkan satu lagi fahaman di mana kopiah putih hanya layak dipakai oleh orang PAS sahaja. Dan, UMNO dan BN, sepertinya hanya boleh memakai songkok sahaja.

Apa-apa pun, kopiah putih tidak melambangkan keperibadian mulia dan keimanan yang tinggi dalam diri seseorang itu hingga layak diangkat tinggi martabatnya yang membezakan dengan orang Islam lain yang tidak berkopiah atau hanya bersongkok. Itu yang PAS perlu tahu.

Untuk pengarang Harakahdaily, berhentilah menjadi budak-budak cybertroopers, jagalah martabat seorang pengarang.-Di petik dari Mykmu.net

HANGAT!!! Azam Menang, Phahrolrazi Senang!! Mahfuz Omar Ape Cer?!! #PRKSgLimau


Satu demi satu perkara yang dibongkarkan..kalau tak ada pilihanraya kecil ni gua rasa memang isu ni senyap sunyi je takde sapa yang ambil endah!

Gua dengar citer calon PAS, Ustaz Azam ni merupakan proksi kepada Phahrolrazi yang digunakan untuk menjatuhkan Alllahyarham Ustaz Azizan?Betul ke?Jom usha video ni kalau lu orang nak tau citer sebenar!!

Friday 1 November 2013

[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bicara Hukum HUDUD #PRKSgLimau