Thursday 3 January 2013

Kaum Hawa Jangan Tiru Stail Megan Fox Bonceng Motor!!



Perghh...xnak leleh lak tgk si Megan Fox ni posing camtu atas motor, mau bergelora nafsu dibueknya..belum dia try bawak lagi tuh!! Tapi dipikirkan balik,kaum hawa bawak @ bonceng motor? Kaum Hawa ni semua kene jaga,aurat kene tutup,pakaian jangan buat kaum Adam ni pikir lain betul x?

Kalau kaum Hawa ni bonceng motor..rata-rata yang kita tengok atas jalan semua jenis kangkang je nk duduk..(pose ape gua xtau,lu pkir sendiri!).. dah tu ade pulak yang jenis menyendeng2 kn lemak di dada kat belakang badan kaum Adam..dah pulak mamat yang rider motor tu layan stim..ish3..kan dah berdosa tuh!!

Kalo lu orang tengok balik filem2 P.Ramlee, cer korang tgk scene yang melibatkan motor, kaum hawa semua duduk kepit je..xterlintas langsung di fikiran nk pikir lain ye x?

Gua ni nak kate alim tu xla sangat..tapi kaum2 hawa ni cuba la jaga aurat tu sikit..gua rasa lu orang pun tau kn kaum mana yang banyak kt neraka nanti? (kalo xtau g ngaji balik)


Ape pun gua respek perlaksanaan undang-undang di Aceh yang mana Datuk Bandarnya amat menitik beratkan hukum Islam di bandarnya..


BANDA ACEH, Indonesia - Sebuah bandar di sini akan melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam, kata datuk bandarnya semalam kerana beliau menganggap posisi tersebut tidak sopan.
Langkah itu diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.
Di bawah undang-undang baharu itu, wanita di bandar Lhokseumawe, utara, Pulau Sumatera perlu membonceng dengan kedua-dua kaki mereka terjuntai di sisi motosikal.
"Wanita yang membonceng motosikal tidak boleh duduk seperti menunggang kerana ia akan membangkitkan nafsu penunggang lelaki. Peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini," kata Datuk Bandar, Suaidi Yahya.
"Tidak sopan untuk wanita duduk seperti lelaki. Kami melaksanakan undang-undang Islam di Lhokseumawe," tambahnya.
Namun, kata Suaidi, wanita-wanita dibenarkan duduk seperti lelaki jika motosikal berkenaan dikendalikan mereka. Bagaimanapun, katanya, mereka mereka perlu berpakaian sopan menurut cara Islam.
Beliau merancang menghebahkan larangan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi dan membincangkannya dengan ulama-ulama sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.
Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas wilayah tersebut diberikan kuasa autonomi khas pada 2001.
Pihak berkuasa wilayah berkenaan kerap melaksanakan hukuman rotan ke atas mereka yang didapati meminum arak dan berjudi. - AFP

0 comments:

Post a Comment