hurm...wa xtau nak kate sedih ke happy ke..tapi rakyat di luar harus mengetahui perkara sebenar tentang apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah..ya diperkatakan aksi yang berlaku dalam video itu merupakan hal lama seperti yang dikatakan dalam blog suarapakatanrakyat..
so..kat sini lu nak kata semua orang kena berfikiran rasional dan accept apa yang nurul izzah tu dah buat?sama mcm video seks anwar ibrahim?yg terang-terang nampak muka pun lu orang suh redha? sanggup buat apa saja demi kepentingan peribadi?gadaikan maruah?
hello kawan! ini macam punya orang pun lu orang masih mau dia jadi pemimpin ka?maruah sendiri dah tergadai, jangan letakkan maruah negara pula untuk digadai nanti!habis nyawa anak cucu kita tergadai nanti sebab nak pertahankan tanah air kita!
Wa baca kat blog Keris7Lok tadi pasal blog Wan Azizah yang tulis pasal anak dia. Dia tulis macamni :
Wa baca dan pahamkan tulisan yang sangat sedih daripada Wan Azizah. Lepas tu tak lama lepas orang dah keluarkan pasal rintihan Wan Azizah, tiba-tiba kawan wa cakap Wan Azizah keluar kenyataan melalui twitter yang kata blognya kena hack.
Lepas tu anak dia pulak si Izzah tweet kata ini penipuan BN.
Ini yang wa musykil gila! Keluar kenyataan kat blog lepas tu umum kata kena hack. Tak lama lepastu tuduh ini penipuan Barisan Nasional. Apa sebenarnya yang sedang dilakukan? Wa rasa ini semua permainan kotor PKR yang nak naikkan semula nama Izzah.
Erti kata lain ini semua hanyalah nak raih simpati daripada pengundi. Sendiri buat lepastu tuduh orang lain. Wa rasa ini bukan kali pertama jadi macamni. Perlu ke nak raih simpati dengan taktik kotor ni?
Wa tak nampak pun kaitan dengan BN. Nak raih simpati pun agak-agak la!
PETALING JAYA: Penyanyi Aishah yang sebelum ini dilaporkan terkejut dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akhirnya mengesahkan untuk bertanding kerusi itu.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, keputusan menerima tawaran itu bagi mewakili PAS dibuat atas kerelaan dan kehendaknya sendiri.
“Ia adalah pilihan saya. Apabila kita mempunyai pengikut tertentu (sebagai bintang pop) dan ia juga merupakan perkara yang baik, mengapa tidak (bertanding)?” katanya seperti dilaporkan portal red carpet.net.my pada Jumaat.
Pada Rabu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengumumkan Aishah yang popular dengan lagu Janji Manis Mu dan Melukut Di Tepi Gantang dinamakan sebagai calon Parlimen Jempol bagi mewakili parti itu dalam PRU13.
Akhbar bagaimanapun melaporkan pengumuman Mohamad Sabu satu keputusan ‘bercelaru’ kerana pada Ahad lalu nama Ketua Dewan Pemuda PAS Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa diumumkan sebagai calon bagi kerusi tersebut.
Dalam pada itu Aishah yang pernah menuntut dalam jurusan sains politik di sebuah universiti di New Zealand berkata, dia sentiasa cenderung dalam bidang berkenaan walaupun mengakui permainan politik kadangkala kotor.
“Ia akan menjadi kotor kalau kita yang mahukan ia menjadi kotor. Sebagai rakyat Malaysia, saya berpendapat kita memerlukan politik yang matang dalam membentuk pandangan politik kita. Ia mengambil masa untuk mendidik masyarakat,” katanya.
Ibu kepada dua orang anak ini berkata, keutamaan dalam hidupnya telah berubah selepas membuat keputusan meninggalkan dunia seni.
Ujarnya, semasa muda dia banyak memberi tumpuan dalam bidang muzik tetapi apabila sudah ‘tua’, bidang politik adalah dunia barunya.
“Jika doktor boleh menjadi ahli parlimen dan menteri kabinet, kenapa tidak artis seperti saya?” katanya yang akan memulakan kempen pada minggu depan.
Kata Aishah selepas menyertai PAS pada Mei tahun lalu, dia telah terlibat secara aktif bagi memperjuangkan parti itu termasuklah menyertai ceramah-ceramah politik yang dianjurkan.
Dalam pada itu Aishah menerusi satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online pada Jumaat berkata dia kini sibuk berkempen di Pasir Salak, Perak. -mStar
Manifesto Barisan Nasional(BN) yang dilancarkan oleh YAB DS Najib Tun Razak dan disiarkan secara langsung di kaca tv telah menjanjikan banyak perkara yang mengurangkan beban rakyat. Ini yang sepatutnya dijanjikan dalam manifesto bukannya "manifesto bukan janji" seperti manifesto pembangkang!
YAB PM tidak menganggap manifesto itu sebagai satu manifesto tetapi Akujanji Untuk Rakyat Malaysia! Ya..Barisan Nasional tidak akan menabur janji jika tidak dapat ditunaikan,setiap janji ialah JANJI DITEPATI! Bukannya menabur janji-janji kosong seperti pembangkang yang tidak melaksanakan manifesto pada tahun 2008 di negeri-negeri pemerintahannya.
Barisan Nasional sentiasa memberikan sepenuh komitmen demi memenuhi keperluan rakyat bukannya menyusahkan lagi rakyat seperti pembangkang yang hanya berpolitik untuk kepentingan peribadi..
Seperti di Pulau Pinang yang tidak ada perumahan kos rendah yang dinaikkan bagi golongan berpendapatan rendah tetapi meluluskan projek berbilion ringgit untuk pembinaan terowong..
Di Kedah juga menghadapi masalah dengan sistem pentadbiran..isu air di Kelantan malahan banyak lagi masalah yang dihadapi rakyat di negeri pembangkang.
Barisan Nasional menjanjikan 150 komitmen baru untuk 5 tahun akan datang jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13 yang mana 112 komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat
Apa yang dibentangkan oleh YAB PM adalah sangat realistik,berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
Jangan menjanjikan sesuatu perkara jika janji itu tidak dapat dilaksanakan..betapa mahir dan berhati-hatinya YAB PM menguruskan kerajaan dibawah pentadbiran Barisan Nasional.
Janji-janji itu juga turut merangkumi keperluan rakyat di Sabah, Sarawak dan kawasan pendalaman di Malaysia.
Jika pembangkang buat BERSIH 1,2,3 kononnya untuk membela nasib rakyat namun sampai sudah rakyat di negeri-negeri pembangkang tidak mendapat 'kesenangan' seperti yang di'janji'kan dalam manifesto mereka..opss lupalak "manifesto bukan janji"..
Tetapi Barisan Nasional juga boleh buat seperti BERSIH yang dibuat pembangkang cuma berlainan konsep sahaja iaitu BR1M 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya..BR1M akan dinaikkan secara berperingkat sehingga mencecah RM1200.00..Bantuan-bantuan lain seperti Baucer Buku 1 Malaysia dan Bantuan Persekolahan juga turut dinaikkan..ini yang dikatakan memenuhi keperluan rakyat ok..
Barisan Nasional berkongsi kemakmuran bersama rakyat bukannya seperti sesetengah parti yang mengutip derma untuk tujuan bantuan amal tetapi untuk kepentingan parti itu sendiri.
Banyak lagi yang Barisan Nasional laksanakan untuk kepentingan rakyat,malah ada penambahbaikkan demi rakyat. Jadi demi agama, bangsa, tanah air dan anak cucu kita marilah menyokong Barisan Nasional untuk diberi mandat mentadbir negara Malaysia ini!
Tiap kali ke Sabah untuk memberi ceramah Anwar pasti melaungkan "ini kali tukarlah"...kali ini kita kasi tukar jadi #Lainkalilah....hahaha
sebab apa kasi tukar...sebab kat sabah tak kuat pun penyokong si Anuwar ni..Satu perpaduan dikenali sebagai TATABA membuatkan parti PKR di Sabah hampir lumpuh kerana perpaduan itu terdiri dari parti PBS, PBRS dan UPKO yang mana ketiga-tiga pemimpin besar ini seringkali menjadi panduan kaum kadazan-dusun-murut dalam membuat keputusan memilih parti..
Kenapa gua cakap sebab kan tiga pemimpin ni je boleh buat PKR lumpuh kat sana?Ha ni gua nak bagi tau! Sebab masa dorang buat pertemuan perpaduan (TATABA) tempoh hari ketiga-tiga pemimpin ni sepakat menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib dalam pilihanraya kali ini!
Rakyat Sabah tahu lah kau la dalang disebalik kejadian di Lahad Datu wahai Anuwar oii...tak layak dah nak pakai gelaran Huguan Siou tu dah...
Dia ingat bila dia berpakat dengan Misuari dan Kiram supaya "attack" Sabah orang akan marah kerajaan ke? HOIII...benda dah kantoi bahhhh!! sekarang orang udah sebut "mahu sokong ini Anwar lagikah bah?"
Sebelum ni duk berulang alik sabah..sekarang dah takde dah..Kehkeh..patut la dia umum bertanding permatang pauh..rupa-rupa dah tau dah dia takde sokongan orang Sabah dah..hahaha...#LAINKALILAH
Kepada orang Sabah teruskan lah menyokong kerajaan sedia ada iaitu Barisan Nasional! #BN4Malaysia #TolakPR
Ya..Buat pertama kalinya Anwar bertanding atas tiket PKR untuk Pilihanraya Umum!! Yang mana sebelum ini bertanding atas tiket Barisan Nasional..sebelum ini Anwar menang dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008 yang mana Kak Jijah memberi laluan kat lakinya yang gila jawatan sangat.
Heh! Masa Piliharaya Kecil dulu boleh la menang sebab semua jentera boleh dikerah pergi ke satu kawasan..sekarang ni Pilhanraya Umum la der...
kalo yakin boleh menang permatang pauh asal tak declare awal-awal...sebab tak yakin boleh menang ke??