Thursday 21 February 2013

Al-Hin - Makhluk Sebelum Kaum Jin & Manusia Diciptakan


Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam....

Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme

Saya: Agama apa tu..?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?

*Terkena jugak RIDAM..

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang....

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?

Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..

Saya: Ceritakan...aku nak tahu..

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami....

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa....

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu...

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah...

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..

Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?

Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..

Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia...

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?

Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah...

Pesakit: ku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran...

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah..

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?

Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi...

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?

Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..

Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?

Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?

Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah...kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi...

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..

Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat...

Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun..

Saya: Mak aiiii...lama nya kau hidup..

Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu...

Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

- Fakul innamal ghaibulillah.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

- sKy -

Crdt:http://www.mazeermohamad.com/

Pok Nik Kata Siapa Ambil BR1M Bagaikan Ayam & Lembu?


PENERIMA BR1M SEMUA BINATANG! Orang yang terima Bantuan Rakyat 1Malaysia ni bagaikan AYAM dan LEMBU yang datang berkerumun apabila ditaburkan dengan makanan kegemaran binatang tersebut. Pemberian wang ringgit (BR1M) juga salah disisi hukum Islam kerana Islam tak menggalakkan pemberian wang tetapi ilmu.


Itulah antara FATWA TERBARU Nik Aziz yang dipuja oleh puak PAS.


Apa nak buat kalau dah Tok Guru sendiri yang kata para pengikutnya serupa AYAM dan LEMBU...seterusnya

Almy Nadia Baru Tahu Fizz Fairuz Dah Ada Perempuan Lain?


Almy Nadia sebelum ini enggan membuka mulut tentang perkara sebenar & menunggu kenyataan pertama keluar dari Fizz Fairuz tentang kontroversi pertunangan beliau minggu lalu.

Sebagai respons kepada apa yang di’dedahkan oleh Fizz Fairuz hari ini kepada Harian Metro, Almy Nadia mengakui yang dirinya juga baru tahu yang wanita tersebut merupakan isteri orang.


“Saya baru dapat tahu yang dia (Fizz Fairuz) bertunang dengan isteri orang tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka,” ujar Almy Nadia yang tahu akan perkara ini beberapa hari lalu.

Memberikan komen tentang ada kemungkinan Fizz Fairuz terkena buatan orang, Almy Nadia tidak menolak perkara itu terjadi kerana selama ini Fizz Fairuz tidak pernah berkelakuan pelik sebegitu.

“Sebelum ini Fizz (Fairuz) tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa yang sudah terjadi — saya pernah menyuruhnya pergi berubat tetapi entahlah,” ujar beliau enggan mengulas lanjut.

Ostajah Fuziah Konpius Dengan Agama Sendiri??


SHAH ALAM: Naib Presiden PKR Fuziah Salleh hari ini secara terbuka menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.


Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng yang mahukan penganut Krisitian di Semenanjung menggunakan Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” Fuziah memberitahu Antarapos.


Fuziah menegaskan kalimah Allah tidak pernah menjadi hak eksklusif umat Islam kerana digunakan sejak zaman Jahiliah.


“Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang,” kata beliau.

“Jadi kalau sebelum Islam datang orang-orang Arab Jahiliyah pun sudah guna perkataan Allah, jadi bagaimana boleh hina Islam?,” tambah beliau.

Fuziah berkata sekiranya Bible di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah, maka kelonggaran itu juga harus diberikan di Semenanjung.

“Selama ini boleh digunakan di Sabah dan Sarawak. Kenapa ada dua peraturan berbeza di Malaysia. Jadi itu kena tanya kepada pihak pemerintah,” kata beliau.



Pendirian Fuziah itu dibidas oleh Harun Taib - PKR 'sama taraf' dengan DAP


"Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.

"PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama,"

Ada Ahli Parlimen Dah Mula Guna Dana Asing Untuk PRU-13?!!


Ehem-ehem...Dengan perasaan penuh benci kat PAKATAN HARAM gua mula menaip..bahang-bahang pilihanraya dah pun around the corner kan? rakan-rakan gua pun dah banyak sibuk tanya gua bila nak pilihanraya..eh dah macam gua ni PM lak nak tentukan bila tarikh PRU..?

Secara rasminya gua katakan PRU bakal berlangsung tahun ni no matter what ok!Dah takde dah nak postpone tahun depan ke ape,dah cukup tempoh bubar parlimen, kempen, then mula la rajin-rajin kan diri anda pangkah BN di peti daerah mengundi masing-masing ok!


Cakap pasal nak pilihanraya ni, gua dapat info yang ada satu syarikat area Taman Tasik Permaisuri dah sediakan dana RM1.5 juta kat Pakatan Haram ni..ada ahli parlimen yang bukan duk area KL/SELANGOR dah mintak sikit untuk kerja-kerja KOTOR dorang ni!!

Hmm..yang gua tengah dok pikir semalaman apa kaitan ahli parlimen ni dengan syarikat tu membuatkan gua rasa nak siasat, audit flow duit keluar masuk, banyak sangat ke untung syarikat tu sampai boleh support Pakatan Haram dekat RM1.5 juta tu?

Adakah ini yang dikatakan dana asing? Yang mana duit itu dibawa masuk dari negara luar, setelah melalui beberapa proses 'mencuci duit', lalu dijadikan dana kotor untuk Pakatan Haram?

Ada gak sorang pemimpin Pakatan Haram ni gua dapat tau tarik duit dari BUNIAN..halamak seram ni! sampai tahap main dua alam dah ni! Kalo dah takde modal nak gi buat roadshow tabur fitnah tu, siap ada pentas bergerak dengan bas VIP takyah la buat..takde orang nak dengar la ceramah fitnah lu orang tu!

p/s: heh! ni gua bagi hint je! sampai masa gua dedahkan!

Monday 11 February 2013

Wanita Usia 81 Nyaris Dijadikan Pelepas Nafsu Serakah


Seorang lelaki ditangkap selepas dia cuba merogol seorang wanita berusia 81 tahun di rumah mangsa di daerah Muang.

Polis berkata, lelaki berumur 53 tahun itu memasuki rumah wanita tua berkenaan malam Khamis lalu dan cuba merogolnya ketika anggota keluarga wanita itu berada di rumah jiran.

Wanita berkenaan memukul muka penyerangnya sambil menjerit meminta pertolongan.

Lelaki terbabit yang panik cuba melarikan diri menerusi pintu depan tetapi dihalang oleh anak wanita berkenaan yang menumbuknya hingga jatuh.

Bagaimanapun, penyerang itu masih berupaya melarikan diri. Polis yang menerima laporan kejadian, mengesan lelaki itu dua jam kemudian di Hospital Lampang.

Dia berada di situ mendapatkan rawatan sebelum polis bertindak menangkapnya. Lelaki itu, Jarun Kumjongga mengaku ini kali kedua dia cuba merogol wanita tua berkenaan.

Dia ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa beberapa hari lagi. - Bangkok Post.

Sunday 10 February 2013

Kantoi Pulak Dah!! ADUN Simpan Gambar Kemaluan Bini Ke 3 Dalam Henpon!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin bin Abdullah, didakwa tidak tahu menjaga maruah dan nama baik keluarga kerana telah mempamirkan 'kisah cintanya' dalam sebuah majalah hiburan pada Disember lalu, menyebabkan anak-anak dan isterinya merasa malu.

Menurut isteri keduanya, Mastura Othman, 46, beliau 'tidak kisah' kalau suaminya berkahwin lagi, namun mestilah bertanggungjawab dan memelihara maruah beliau dan anak-anaknya.

Katanya, beliau mula mengesyakki Ariffin bernikah buat kali ketiga dengan Saidatulnisa Aminuddin, pada bulan Jun tahun lalu, apabila terjumpa gambar 'kemaluan seorang perempuan' dalam telefon tangan milik Ariffin.

"Rahsia terbongkar apabila saya buka telefon suami saya, saya terjumpa gambar kemaluan perempuan, yang dihantar oleh Saidatulnisa, jadi saya tanya suami saya.....siapa perempuan itu?

"Saya desak dia....berkali-kali....akhirnya saya sendiri yang sebut (tanya) apakah dia itu isteri you? (dan dia mengangguk) saya 'check' nombor pengirim dan yang angkat adalah perempuan, nombor telefon Saidatulnisa,"jelasnya.

Oppa Gangnam Style!! Psy Dah Ready Nak Perform Kat Penang Esok!!


Penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy dijangka tiba di Pulau Pinang awal pagi Isnin iaitu beberapa jam sebelum dia dijadualkan membuat persembahan pada majlis rumah terbuka Barisan Nasional (BN) di sini.


Psy atau Park Jae-sang yang popular dengan fenomena Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 80,000 tetamu pada pukul 11.45 pagi Isnin di di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.


Pengerusi Penganjur, Oh Tong Keong yang juga Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang berkata, beliau tidak pasti mengenai waktu ketibaan Psy namun memaklumkan bahawa penyanyi itu meminta pengawal keselamatan untuk mengiringinya ke lokasi persembahan.


Psy sebelum ini berada di Salvador, Brazil bagi acara parti jalanan terbesar dunia selama dua hari bermula 8 hingga 10 Februari.


Bagaimanapun sekitar 10 pagi Ahad (waktu Malaysia), Psy menulis mesej di laman twitter mengatakan dia akan meninggalkan Brazil namun tidak menyatakan lokasi yang akan ditujuinya. - Sumber

Gambar Majlis Pertunangan Fizz Fairuz Didedahkan!!


Kalau semalam kita dah tahu tentang pertunangan Pierre Andre, hari ini juga berlangsung pertunangan pelakon televisyen lelaki paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Fizz Fairuz.

Tunang Fizz bernama Nor Azreen Arshad atau lebih dikenali sebagai Reen, dan merupakan seorang graduan dari sebuah universiti di Pantai Timur dalam bidang Matematik Kewangan. Majlis berlangsung di rumah keluarga perempuan di Kuantan, Pahang.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT sehingga ke jinjang pelamin.

Friday 8 February 2013

Tasha Shilla Dedah Status!! Single Or Dah Ada Pakwe?


Tasha Shilla akhirnya membuka cerita bahawa dia suka berkawan dengan lelaki tersebut kerana dia seorang yang sangat memahami dan tidak mengongkong.

Tatkala ditanya mengenai status sebenar lelaki yang berjaya menawan hati Tasha, dia menegaskan bahawa lelaki tersebut bukan dari golongan VIP mahupun artis.

“Tasha sendiri sebenarnya tidak suka berkawan dengan lelaki yang bekerja sama bidang dengan Tasha, kalau boleh nak elakkan”

Namun begitu, Tasha sendiri seperti lebih berhati-hati di dalam menyusun ayatnya agar tidak melibatkan mana-mana pihak dan mahu identiti lelaki tersebut dirahsiakan.

Apa apa pun, kami akhirnya lega apabila mendengar kenyataan beliau mengenai statusnya yang akhirnya telah dimiliki. Mari kita sama-sama doakan kebahagiaan beliau!- rotikaya

Setuju Atau Tidak Perjuangan ISLAM Diketepikan Atas Kepentingan Politik?


DAP secara terang mencabar dan mencabuli beberapa asas dan perjuangan PAS, inikah yang dikatakan PAKATAN RAKYAT?

Seharusnya, gua berpendapat bahawa PAS akan lebih bebas dalam meneruskan agenda perjuangan parti itu sekiranya bergerak secara 'solo'.

Kerana terdesak ingin mahu menumbangkan kerajaan, pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti DAP,PKR dan PAS sebulat suara bersetuju dengan kemahuan Lim Guan Eng untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Malaysia.

Apa lah yang dorang nak sangat dengar cakap cina kapir tu..yang si Karpal gua rasa orang PAS pun malu la dengan sikap pimpinan tertinggi dorang ni..sampai bantah penggunaan kalimah ALLAH pun kena tutup muka!!

Pada awal penubuhan Pakatan, ketiga-tiga parti bersetuju dengan menghormati dasar-dasar parti masing-masing..sekarang apa sudah jadi...DAP sergah sikit, PAS kena akur lak?Sampai perjuangan parti menegakkan ISLAM pun diketepikan? sampai pimpinan tertinggi PAS sendiri pun kena pecat?


Nampak tak apa yang cina kapir tu cuba buat? Cuba nak take over kuasa yang sama rata!! Apa nak jadi la.. Gua bukan apa..gua sedih tengok orang melayu bertelagah sesama sendiri..berebut kuasa atas kepentingan politik kotor Pakatan HARAM!

DAP dan PKR hanya menggunakan PAS untuk menjadi alat meraih undi orang Islam di negara kita ni..Sedar-sedarlah orang kat luar sana tu..sampai kalimah ALLAH pun dorang gadaikan...silap-silap negara kita pun tergadai nanti kalau dorang memerintah.


Bukti Video Ah Jib Gor DISABOTAJ!! @NajibRazak


Perghhh..memang mantap video Dato Najib dalam ni..sempoi wa cakap lu..ini la yang dikatakan Pemimpin! Bersama rakyat tidak mengira kaum..tahniah la gua ucapkan..

Tapi macam biasa la jumlah dislike kat Youtube tu mesti lagi banyak dari jumlah like..apasal ek?

Pastu kalau korang jumlahkan bilangan LIKE dan DISLIKE tu sama tak dengan jumlah viewer kat atas tu..919 (jumlah like) + 1,506(jumlah dislike) = 2425 (jumlah viewer)..tak sama kan..

Jumlah viewer tu 2156 tapi total 2425...terlebih 269 lak?mana datang lebih 269 ni?? Youtube salahkira ke atau gua yang salah kira? setakat ni gua rasa gua belum bodoh matematik lagi..hahaha

Tak lama lepas tu gua tengok lagi video tu..TUDIA!!!MAKIN BERTAMBAH-TAMBAH JUMLAH DISLIKE dan Sekali lagi yang MAGIKNYE JUMLAH VIEWER TU TAK BERGERAK-GERAK!!HAhahha...kelakar la puak pembangkang ni buat keje..agak-agak la nak tipu orang der!! nampak desperate giler wa cakap lu!!


Nampak tak permainan permbangkang yang menggunakan taktik kotor untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap rakyat?kalau kerajaan nak main kotor baik jumlah like yang lagi banyak ye tak?

Kalau lu orang yang baca ni penyokong Dato Najib JOM LIKE VIDEO NI RAMAI-RAMAI!! Kita kasi sailang sama dorang...hahahaha!!!!Hidup Dato Najib!!

 

Taktau camne nak like? pastikan sign in dulu kat youtube pastu klik je logo youtube kat atas tu dan otomatik ada button like kat page youtube tu nanti! Selamat Meng"LIKE"!!

@TengkuAdnanReal Terkejut PM Umum Calon Kerusi Parlimen Putrajaya


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mungkin merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional yang telah pasti dalam Pilihan Raya Umum 2013 selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika menghadiri satu perjumpaan dengan penduduk Putrajaya semalam.

Ketika berucap dihadapan 2500 orang penduduk Putrajaya, Mohd Najib yang juga merupakan Perdana Menteri menyatakan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan Tengku Adnan bagai mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya.

Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh Presiden parti sebelum Parlimen dibubarkan. Dengan pengumuman ini ia menutup terus khabar angin dan lobi beberapa individu untuk menjadi calon di Putrajaya.

Tengku Adnan merupakan wakil rakyat pertama Putrajaya pada 2004 dengan menumpaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Abdul Rahman bin Othman. Ketika itu jumlah pengundi Putrajaya ialah sebanyak 5,079. Calon PKR kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 540 undi. Tengku Adnan mendapat 4086 undi. Pada 2008, tengku Adnan mempertahankan Parlimen Putrajaya apabila menumpaskan calon Pas. Calon Pas, Mohamad Noor Mohamad mendapat 1304 undi manakala Tengku Adnan mendapat 4038 undi.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Mohamad Hishamuddin Yahaya, ketika dihubungi mengucapkan tahniah kepada Tengku Adnan atas pemilihan semula sebagai calon.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Najib yang mengambil inisiatif mengumum awal calon Putrajaya.

“Ini memudahkan jentera parti berkempen menjelang pilihan raya umum akan datang dan juga menjawab pertanyaan para pengundi Putrajaya mengenai siapa bakal calon BN di kawasan ini pada pilihan raya akan datang.” - sumber

Tuesday 5 February 2013

VIDEO UNIT AMAL HALANG ORANG FELDA USIR ANAK PENEROKA TAK SEDOR DIRI


Kecoh! Sedih! Pilu! Itulah yang terjadi di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam semalam. Gua sedih tengok orang kampung Felda ni kena pukul dengan SAMSENG PAS malam semalam..

Korang tau sape Mazlan Aliman? Haa dia ni ANAK PENEROKA TAK SEDOR DIRI!! Semua FELDA tak nak bagi mamat ni masuk sebab menabur fitnah yang bukan-bukan..ops lupa lak Mazlan Aliman ni pun ahli PAS! Tapi kenapa dia boleh tabur fitnah sana sini ek?! OPS sekali lagi gua lupa ahli pas seumur hidup kan semua masuk SYORGA...HAHAHA PUIH!!

Punca Mazlan Aliman ni nak masuk Felda Sungai Tengi ni adalah kerana nak menghasut para peneroka membenci pihak kerajaan.. apa lah dosa kerajaan sampai ko nak hasut orang lain benci kerajaan ni?! HALLO brader..ni gua nak cerita sikit..dulu ye sebut FELDA orang mesti ingat oh ni mesti orang susah..rumah pun mesti rumah setinggan je..

Sekarang ni orang FELDA semua KAYA-KAYA la bro!! KETE BESOR, RUMAH BANGLO, ANAK BELAJAR TINGGI-TINGGI.. Ni sume hasil USAHA KERAJAAN LA der..

Sekarang gua nak tanya janji manifesto PAKATAN HARAM masa PRU-12 dulu apa yang dah ditunaikan untuk orang-orang FELDA ni? NOTHING la ni BRO!!


Orang tua yang rambut dah putih tu..NAJIB RAZAK.. A.K.A PERDANA MENTERI MALAYSIA tu la yang duk tolong orang-orang FELDA ni supaya tak hidup susah macam dulu lagi! Yang si bengong Mazlan Aliman ni pulak tah habis-habis nak menyusahkan usaha kerajaan dalam membantu rakyat.

Apa yang lu duk bantu Mazlan Aliman oii..orang FELDA LU SENDIRI DAH TAK TERIMA LU, LU NAK TRY TEMPAT LAIN LAK?

Apa pun back to the story tentang apa punca Mazlan Aliman ni nak masuk FELDA Sungai Tengi ni semalam..MACAM BIASA LA BRO TABUR JANJI KOSONG!! Sudah lah buat ceramah di tempat awam,pakai PA System, TAPI TAK ADA PERMIT!?

Mazlan Aliman ni dah takde telur ke sampai nak maklum kat polis pun takut!? OHH patut la takut nak maklum, dia bukan berceramah, DIA TABUR FITNAH!!! HAHAHAHA

Semalam orang kampung mendesak MAZLAN ALIMAN untuk tidak berucap ketika ceramah berlangsung. Perbincangan yang pada awalnya tenang akhirnya kecoh apabila SAMSENG PAS cuba memprovokasikan keadaan menaikkan kemarahan orang kampung akhirnya berlaku rempuhan yang dimulakan oleh UNIT SAMSENG PAS antara orang kampung.

GUA yang ada kat situ pun sikit lagi nak kena dapat siku SAMSENG PAS ni! KALAU kena gua straight  buat report polis je! Selepas acara tolak menolak dileraikan, penganjur ceramah akhirnya membuat keputusan menghormati perasaan orang kampung untuk tidak membenarkan Mazlan Aliman dari berucap sepatah perkataan pun di majlis itu.

HA elok la..dari berucap baik lu balik je la MAZLAN oi!! LU BALIK GI CEBUK MUKA LU! Dah macam taik pulak gua tengok!! Paling gua sedih semalam,nak kata sedih kelakar pun ada, ada brader ni bagi tazkirah kat UNIT SAMSENG PAS yang tengah buat HUMAN FENCE tuh..

Brader tu pun citer la pasal kalimah ALLAH yang dipersendakan oleh DAPig, sedih tengok MELAYU SAMA MELAYU gaduh, brader ni tazkirah sampai bengkak mata mamat-mamat Samseng PAS tu nak nangis gua cakap lu!

DORANG sedar dorang ni salah, tapi buat tak endah je ape brader tuh cakap. SEdar-sedar la geng-geng GUA yang kebanyakan juga ahli PAS, ramai dah pimpinan PAS keluar parti, yang kena buang pun ada! LU ORANG BILA LAGI!?

JOM USHA VIDEO KAT BAWAH NI!!
 

Sunday 3 February 2013

Bukan Himpunan Hijau, Tapi MengHIJAUkan Alam!! #beautifulMY


Hari ini secara serentaknya di seluruh negara telah diadakan program HIJAU Kempen Mesra Alam Sekitar #BeautifulMY..


Bagi yang masih kabur apa itu #BeautifulMy, di sini saya ingin kongsikan beberapa info penting :


My Beautiful Malaysia, sebuah program gotong-royong MEGA yang diadakan serentak di seluruh negara yang turut akan dihadiri oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Program tu dianjurkan untuk menyemai semangat sukarelawan di kalangan beliau dan rakyat Malaysia untuk memastikan kawasan masing-masing sentiasa bersih, selesa dan sedap mata memandang...selanjutnya

Friday 1 February 2013

[Video]Kelakar GILER!! Jom Usha Amoi Tengah Meng"URUT"


Tahniah diucapkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan Negeri Selangor yang telah membangunkan negeri tersebut dengan pesatnya. Pada pandangan aku slogan yang sesuai di berikan kepada negeri Selangor ialah "Selangor Maju Jaya Bersama Rumah Urut"....

Susah untuk aku percaya apa yang aku lihat dalam gambar itu adalah pelacur yang sarangnya terletak dikampung halamanku sendiri di Kuala Selangor. Video ini yang diambil oleh MKL-Crimedesk-D7SGNews pada 24 Oktober 2012 telah membongkar jenayah atau aktiviti pelacuran yang berlaku di sana.



Gua dengar ada artis jumpa pemimpin pakatan haram....ada kaitan dengan USD 700,000 lak tu..nak tau sape?? ha sila kan la klik disini!

Afdlin Shauki Jumpa Anwar Ibrahim?Apa Kaitan Dengan USD 700,000?!


Wahh..Afdlin Shauki pun pegi juga masa Anwar jumpa dan bagi sumbangan kepada pemimpin Hamas siang tadi?

Tapi walau apa pun UMNO dan Barisan Nasional sudah pasti tidak akan melucutkan jawatan atau keahlian Afdlin dalam parti macam yang terjadi kepada Ustaz Nasha.

Kehadiran Afdlin yang sebenarnya adalah menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan negara tersebut dari cengkaman keganasan Israel.



Tapi Anwar dapat duit darimana sampai bagi USD 700 ribu tu? Jangan duit dari Israel sudah le sebab rakyat Palestin bermaruah dan janganlah maruah mereka itu digadai sepertimana terjadi di Alor Pongsu beberapa malam lepas.

Bawa 2 orang rakyat palestin untuk menceritakan kisah keperitan rakyat negara tersebut, namun akhirnya menjadi ceramah untuk kepentingan politik.

Jadi perkara begini janganlah terjadi lagi hendaknya, berilah sumbangan dengan penuh ikhlas seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional.(sumber)