Thursday 21 February 2013

Ostajah Fuziah Konpius Dengan Agama Sendiri??


SHAH ALAM: Naib Presiden PKR Fuziah Salleh hari ini secara terbuka menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.


Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng yang mahukan penganut Krisitian di Semenanjung menggunakan Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya.

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” Fuziah memberitahu Antarapos.


Fuziah menegaskan kalimah Allah tidak pernah menjadi hak eksklusif umat Islam kerana digunakan sejak zaman Jahiliah.


“Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang,” kata beliau.

“Jadi kalau sebelum Islam datang orang-orang Arab Jahiliyah pun sudah guna perkataan Allah, jadi bagaimana boleh hina Islam?,” tambah beliau.

Fuziah berkata sekiranya Bible di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah, maka kelonggaran itu juga harus diberikan di Semenanjung.

“Selama ini boleh digunakan di Sabah dan Sarawak. Kenapa ada dua peraturan berbeza di Malaysia. Jadi itu kena tanya kepada pihak pemerintah,” kata beliau.



Pendirian Fuziah itu dibidas oleh Harun Taib - PKR 'sama taraf' dengan DAP


"Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.

"PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama,"

0 comments:

Post a Comment