Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mungkin merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional yang telah pasti dalam Pilihan Raya Umum 2013 selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika menghadiri satu perjumpaan dengan penduduk Putrajaya semalam.
Ketika berucap dihadapan 2500 orang penduduk Putrajaya, Mohd Najib yang juga merupakan Perdana Menteri menyatakan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan Tengku Adnan bagai mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya.
Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh Presiden parti sebelum Parlimen dibubarkan. Dengan pengumuman ini ia menutup terus khabar angin dan lobi beberapa individu untuk menjadi calon di Putrajaya.
Tengku Adnan merupakan wakil rakyat pertama Putrajaya pada 2004 dengan menumpaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Abdul Rahman bin Othman. Ketika itu jumlah pengundi Putrajaya ialah sebanyak 5,079. Calon PKR kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 540 undi. Tengku Adnan mendapat 4086 undi. Pada 2008, tengku Adnan mempertahankan Parlimen Putrajaya apabila menumpaskan calon Pas. Calon Pas, Mohamad Noor Mohamad mendapat 1304 undi manakala Tengku Adnan mendapat 4038 undi.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Mohamad Hishamuddin Yahaya, ketika dihubungi mengucapkan tahniah kepada Tengku Adnan atas pemilihan semula sebagai calon.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Najib yang mengambil inisiatif mengumum awal calon Putrajaya.
“Ini memudahkan jentera parti berkempen menjelang pilihan raya umum akan datang dan juga menjawab pertanyaan para pengundi Putrajaya mengenai siapa bakal calon BN di kawasan ini pada pilihan raya akan datang.” - sumber
0 comments:
Post a Comment