Friday 8 February 2013

Tasha Shilla Dedah Status!! Single Or Dah Ada Pakwe?


Tasha Shilla akhirnya membuka cerita bahawa dia suka berkawan dengan lelaki tersebut kerana dia seorang yang sangat memahami dan tidak mengongkong.

Tatkala ditanya mengenai status sebenar lelaki yang berjaya menawan hati Tasha, dia menegaskan bahawa lelaki tersebut bukan dari golongan VIP mahupun artis.

“Tasha sendiri sebenarnya tidak suka berkawan dengan lelaki yang bekerja sama bidang dengan Tasha, kalau boleh nak elakkan”

Namun begitu, Tasha sendiri seperti lebih berhati-hati di dalam menyusun ayatnya agar tidak melibatkan mana-mana pihak dan mahu identiti lelaki tersebut dirahsiakan.

Apa apa pun, kami akhirnya lega apabila mendengar kenyataan beliau mengenai statusnya yang akhirnya telah dimiliki. Mari kita sama-sama doakan kebahagiaan beliau!- rotikaya

0 comments:

Post a Comment