Thursday 13 November 2014

Dalang Disebalik 'Perancangan' Kejatuhan UMNO Selangor

Kenapa Noh Omar nak jumpa Presiden Parti UMNO iaitu Najib Razak adalah ingin mendapatkan nasihat dari beliau selaku pemimpin tertinggi dalam parti itu apabila ditegur oleh Tun M. Bukannya nak bagi surat resign.

Dan yang menariknya sudah pun timbul nama-nama yang bakal menggantikan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri itu. Belum jumpa presiden parti lagi sudah ada pihak yang mengeluarkan nama-nama calon pilihan. Tak ke pelik bunyinya tu?

Seolah-olah sudah pun ada 'list' nama yang disediakan sejurus selepas dari teguran Tun M. Presiden parti belum putuskan apa-apa namun sudah ada pihak yang 'memutuskan' untuk mengeluarkan 'list' tersebut.

Ini merupakan suatu 'permainan' yang dirancang untuk memburukkan imej dan prestasi Noh Omar di UMNO Selangor.

Siapakah dalang disebalik 'perancangan' itu?

Dari orang UMNO sendirikah?

Dari orang luar UMNO kah?

Apa pun urusan jumpa presiden parti itu biarlah Noh Omar sendiri yang settle. Kepimpinan di peringkat bahagian dan cawangan perlu memainkan peranan kalau nak tawan balik Selangor masa PRU-14 yang akan datang.

Sekian, pandangan gua.

0 comments:

Post a Comment