Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

24 Gambar Neelofa Sambut Merdeka Kat LONDON!!


Kalau bercakap tentang kisah peribadi Neelofa, memang tidak akan terlepas kisah hubungan beliau dengan Hans Isaac yang sebenarnya kini masih menjadi tanda tanya para peminat. Namun sejak kebelakangan ini, memang agak terasa yang peminat sendiri sudah ramai mendiamkan dari terus berbicara tentang hubungan mereka dan perkembangan ini di’anggap Neelofa sebagai sesuatu yang positif untuk karier beliau.

“Jika bandingkan dengan dulu, sekarang orang dah kurang bercakap mengenai kami. Lagipun kami berdua tidak terlalu menonjolkan diri bersama atau menunjuk gambar bersama atau ke mana-mana bersama sama”

“Jadi lama kelamaan tidak ada isu yang perlu dimainkan lagi dan semua akhirnya akan diam juga,” ujar Neelofa kepada Sinar Harian, semalam. Tapi bagi Lofa sekarang fokus Lofa adalah pada kerjaya dan suatu hari nanti jika Lofa bersedia, barulah Lofa akan ke langkah seterusnya,” kenyataan Neelofa yang kami kurang faham — langkah seterusnya dalam percintaan dengan Hans Isaac? Heh.

Dalam perkembangan berkaitan, Neelofa baru sahaja menghabiskan percutian ke London selama lima hari sejak Khamis yang lalu dan mari kita tatap gambar selebriti ini menikmati masa rehatnya di tanah Eropah sana.



















Monday, 2 September 2013

Running Man Datang Malaysia Bulan September NI..Peminat Jangan Nak Terjerit-Jerit Sangat!



Siapa tak kenal dengan Running Man, sebuah variety show yang semakin popular di Korea dan di seluruh dunia. Sejak rancangan ini bermula pada tahun 2010, dari episod ke episod peminat rancangan ini semakin bertambah dan ianya bukan setakat berkembang di Korea sahaja malah berkembang pesat diseluruh dunia terutamanya di negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Singapore, Indonesia dan Malaysia.

Apa yang paling dinantikan adalah kehadiran para peserta Running Man ke Malaysia. Kim Jong Kok akan ke Malaysia beberapa minggu lagi dalam promosi albumnya di Malaysia dan bukanlah kerana Running Man. Biarpun itu sudah mengubati rasa gelisah di hati penggemar rancangan ini, ramai yang bertanya dan tak sabar nak beramah-mesra dengan peserta kegemearan mereka secara terus!

Berita baik kerana kemungkinan Running Man akan datang ke Malaysia sekitar bulan September 2013 ini apapun ianya masih belum diumumkan secara rasmi. Apapun kehadiran mereka di Malaysia bukanlah untuk merakamkan salah satu episod baru untuk siri Running Man tetapi sekadar untuk BERTEMU PEMINAT mereka di Malaysia! Itu pun dah cukup awesome bukan?! Tapi sedikit mengecewakan apabila produksi mereka telah mengesahkan ketidakhadiran Song Ji Hyo kerana jadualnya yang padat.



Apapun kalau nak Running Man datang buat rakaman ke Malaysia, kami dimaklumkan perlu ada tindakan dari Kementerian Pelancongan negara ini sendiri untuk menjemput mereka dan baru mereka akan datang untuk membuat penggambaran jika semua perbincangan berjalan lancar. Bagi kami ianya salah satu cara terbaik untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia melalui rancangan seperti Running Man ini. Kementerian Pelancongan, bolehlah take note dan berfikir lebih kreatif lagi. Heh!

Psst! Dalam ramai-ramai ahli Running Man, siapa yang paling korang suka?

Thursday, 21 February 2013

Almy Nadia Baru Tahu Fizz Fairuz Dah Ada Perempuan Lain?


Almy Nadia sebelum ini enggan membuka mulut tentang perkara sebenar & menunggu kenyataan pertama keluar dari Fizz Fairuz tentang kontroversi pertunangan beliau minggu lalu.

Sebagai respons kepada apa yang di’dedahkan oleh Fizz Fairuz hari ini kepada Harian Metro, Almy Nadia mengakui yang dirinya juga baru tahu yang wanita tersebut merupakan isteri orang.


“Saya baru dapat tahu yang dia (Fizz Fairuz) bertunang dengan isteri orang tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka,” ujar Almy Nadia yang tahu akan perkara ini beberapa hari lalu.

Memberikan komen tentang ada kemungkinan Fizz Fairuz terkena buatan orang, Almy Nadia tidak menolak perkara itu terjadi kerana selama ini Fizz Fairuz tidak pernah berkelakuan pelik sebegitu.

“Sebelum ini Fizz (Fairuz) tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa yang sudah terjadi — saya pernah menyuruhnya pergi berubat tetapi entahlah,” ujar beliau enggan mengulas lanjut.

Sunday, 10 February 2013

Gambar Majlis Pertunangan Fizz Fairuz Didedahkan!!


Kalau semalam kita dah tahu tentang pertunangan Pierre Andre, hari ini juga berlangsung pertunangan pelakon televisyen lelaki paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Fizz Fairuz.

Tunang Fizz bernama Nor Azreen Arshad atau lebih dikenali sebagai Reen, dan merupakan seorang graduan dari sebuah universiti di Pantai Timur dalam bidang Matematik Kewangan. Majlis berlangsung di rumah keluarga perempuan di Kuantan, Pahang.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT sehingga ke jinjang pelamin.

Friday, 8 February 2013

Tasha Shilla Dedah Status!! Single Or Dah Ada Pakwe?


Tasha Shilla akhirnya membuka cerita bahawa dia suka berkawan dengan lelaki tersebut kerana dia seorang yang sangat memahami dan tidak mengongkong.

Tatkala ditanya mengenai status sebenar lelaki yang berjaya menawan hati Tasha, dia menegaskan bahawa lelaki tersebut bukan dari golongan VIP mahupun artis.

“Tasha sendiri sebenarnya tidak suka berkawan dengan lelaki yang bekerja sama bidang dengan Tasha, kalau boleh nak elakkan”

Namun begitu, Tasha sendiri seperti lebih berhati-hati di dalam menyusun ayatnya agar tidak melibatkan mana-mana pihak dan mahu identiti lelaki tersebut dirahsiakan.

Apa apa pun, kami akhirnya lega apabila mendengar kenyataan beliau mengenai statusnya yang akhirnya telah dimiliki. Mari kita sama-sama doakan kebahagiaan beliau!- rotikaya

Tuesday, 22 January 2013

Arash Mohamad 'Panas' Dengan Sikap Azwan Ali Yang Melampau!!


Walaupun pelakon lelaki, Arash Mohamad sebelum ini tidak lantang bersuara dan hanya memberikan fokus kepada dunia lakonannya sahaja, tetapi tidak kali ini.

Arash baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataannya ‘sakit hati’ terhadap artis kontroversi, Azwan Ali yang mempunyai mulut laser dalam program Propaganza melalui Segmen Katanya yang dikendalikan oleh Azwan Ali atau Baby AA.

Kata Arash, tindakan Azwan Ali yang menjaja cerita artis-artis tempatan sendiri adalah satu tindakan yang menghina penggiat seni tanah air.

Malah, ia juga menjatuhkan maruah artis-artis tempatan yang mencari makan dalam industri seni Malaysia.

“Saya akui bukan semua artis itu baik tapi ramai juga yang akal pemikiran mereka tinggi. Tapi jangan la engkau nak jaja kisah–kisah artis dengan cara melalak guna loudhailer ditempat awam.

“Dah tu dengan pelancong asing sekali engkau babitkan sama, melampau sangat caranya. Tak ke menjatuhkan maruah artis,” kata Arash yang dipetik dari portal Buahmulut.com.

Bagi Arash, dia mengerti pekerjaan sesetengah artis yang bekerja dalam skop gosip dan menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelakon dan pengacara lelaki kontroversi tersebut.



Pun begitu, cara yang digunakan oleh Azwan Ali itu tidak kena dengan budaya masyarakat di Malaysia.

“Kita cukup faham artis ni memang dijadikan bahan gosip untuk keuntungan dan hiburan sesetengah pihak. Tapi bila caranya macam tu dengan gaya penampilanya macam itu, memang tak boleh diterima langsung.

“Saya sebenarnya tak ada apa-apa masalah peribadi dengan Azwan Ali dan saya tahu peribadinya macam tu. Cuma cara dia dalam segmen tersebut bagi saya memang salah dan terlalu melampau,” katanya.

Justeru, Arash nekad menyuarakan pendapatnya mengenai cara dan sikap Azwan Ali walaupun tidak ramai yang berani bersuara membangkang setiap tindak-tanduk Azwan Ali.

Kata Arash, dia lantang bersuara kali ini bukan untuk meraih populariti. Selanjutnya

Monday, 21 January 2013

Sapa Jantan Yang Cium Dahi Liyana Jasmay NI?!!


Tinggal kurang sebulan saja lagi aktres Liyana Jasmay, 25, akan menamatkan zaman anak daranya dan berkahwin dengan jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan, 29.

Liyana, bakal bernikah dengan ahli pernigaan itu, pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari.









Sunday, 20 January 2013

SERIUS!! Neelofa Nak Fight Dengan Farah Fauzana??

Beberapa bulan lagi bakal berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang dijangka mendapat sambutan ramai kerana telah beralih ‘venue’ nya di Stadium Putra Bukit Jalil dan dikatakan boleh memuatkan 2 kali ganda peminat-peminat yang ingin menyaksikan secara ‘live’ artis-artis kesayangan mereka memenangi anugerah-anugerah yang telah dicalonkan.

Menariknya di sini, dua orang pengacara rancangan Nona, iaitu Farah Fauzana dan Neelofa tercalon dalam kategori yang sama iaitu ‘Pengacara Wanita Popular’.

Wah sungguh hebat aura kedua-dua pengacara ini, di mana mereka di pertemukan dalam program Nona pada tahun lepas dan kini mereka berdua bersaing pula dalam kategori yang sama.

Ada sumber-sumber mengatakan bahawa Lofa ingin mencabar kedudukan Fara yang telah sekian lama mendominasi Anugerah Pengacara Wanita Popular buat 6 kali berturut-turut. Kesempatan bertemu Fara ketika Majlis Sesi Santai bersama 4 program terbaru 9x telah digunakan sepenuhnya untuk bertanyakan soalan ini kepadanya.

“Mengenai hal itu ke? Memang saya dan Lofa ada berborak-borak sambil kami berseloroh siapa yang akan menang tahun ini dan antara kami tiada apa-apa perasaan nak ‘fight’ ke atau apa sahajalah benda yang negatif”

“Apa yang penting saya suka dan ini adalah merupakan satu persaingan yang sangat sihat dan kalau dia menang saya sangat gembira kerana itu bermaksud penonton-penonton menonton rancangan Nona dan sedar akan kehadiran kami berdua”

Saya very open kerana sebelum ini juga saya ada bercakap dengan Leya yang juga pernah dicalonkan dalam kategori yang sama menerusi Penyampai Radio Wanita Popular, dan sekiranya dia menang itu sudah baik kerana saya kalau boleh biarlah program yang sama menang.”kata Fara mengakhiri perbualan.

Fara akan memasuki set penggambaran pada Mei ini untuk memulakan penggambaran filemnya yang bakal muncul tidak lama lagi. Judul filem belum diketahui lagi, kepada peminat-peminat Farah Fauzana jangan lupa untuk mengundinya dalam ABPBH 2012 ini.-Rotikaya

Friday, 11 January 2013

[VIDEO]: MLM2012 - Gila Kelakar JAMBU!!


Jom layan video ni ramai-ramai!!!

Monday, 7 January 2013

Aaron Aziz Bertindak Agresif Dukung Adira AF???


Antara persembahan yang menjadi perbualan ramai di media sosial malam ini adalah kemunculan khas Aaron Aziz ketika persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu ke 27 (#AJL27).

Beliau muncul ketika Hafiz Suip & Adira mendendangkan lagu Ombak Rindu yang merupakan runut bunyi untuk filem dengan judul yang sama di’mana Aaron Aziz bertindak sebagai pelakon utama.

Yang menarik perhatian ramai adalah ketika Aaron Aziz mendukung Adira ketika persembahan berlangsung & ini membuatkan nama pelakon Singapura itu di’sebut sebut ramai di media sosial.

Kalau anda terlepas untuk menyaksikan aksi Aaron Aziz & Adira di pentas Anugerah Juara Lagu ke 27, ini beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan anda — jangan cemburu.(KLIK)


Saturday, 5 January 2013

VIDEO Zizan Jadi Ustaz Azhar Idrus Di Maharaja Lawak Mega


Walaupun Johan terlantar di hospital akibat kecederaan kakinya namun Jozan tetap meneruskan persembahan di dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega yang berlangsung di Kuala Terengganu untuk minggu ke-8..

Akibat ketiadaan Johan, Zizan membawa watak solo namun masih mampu menyengat penonton dengan membawa watak Ustaz Azhar Idrus..

Dengan penampilan dan janggut palsu serta dialek Terengganu Zizan je dah buat orang pecah perut!

 Apa pun Zizan perform memang best gila minggu ni..TERBAEKK!! Layan video Kat bawah ni dulu!!

 

Friday, 4 January 2013

PANAS!! Nasha Aziz Kantoi Dipeluk Di Khalayak Ramai!!



Lama kita tidak mendengar berita tentang Nasha Aziz & kisah cintanya — terbaru pelakon & model popular ini di’lihat hadir bersama kekasih ke sebuah konsert sambutan tahun baru.

Lensa kamera jurugambar amatur kami berjaya merakamkan aksi mesra Nasha Aziz & kekasih beliau yang kami percaya adalah Nur Iman Tang yang pernah di’kaitkan dengan selebriti ini tidak berapa lama dahulu.

Kali terakhir Nasha Aziz membuka mulut tentang hubungan beliau dengan Nur Iman Tang adalah ketika membawa kekasihnya itu ke kota Mekah untuk mendekatkan diri dengan cara hidup masyarakat Islam.

Dan, ada juga dengar dengar yang mereka bakal melangsungkan perkahwinan selepas pulang dari kota Mekah pada 2010 itu tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar tentang rancangan mereka itu.- Sumber






HOT!! Zarina Anjoulie Confirm DiGAntung Akibat Kes Dadah!!

Ratu kontroversi Zarina Anjoulie yang berhadapan dengan dakwaan memiliki dua biji pil eramin 5 bersama teman lelakinya kelmarin dikhabarkan berpeluang bebas dari Penjara Kajang hari ini selepas seorang ahli keluarganya bersetuju menjadi penjamin.

Dalam akhbar Kosmo hari ini menyebut seorang jurucakap polis memaklumkan yang pelakon dan model itu akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk proses jaminan tersebut.

Kelmarin Zarina terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas kegagalan adiknya membayar jaminan di kaunter mahkamah. Sehubungan itu, pelakon drama Anak Pontianak itu terpaksa ditahan di penjara sehingga ahli keluarganya membayar wang jaminan berjumlah RM2,000 seperti yang diarahkan mahkamah.

Sementara itu dalam laporan berasingan, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata mana-mana artis yang terlibat dengan kes serius seperti ini akan digantung atau dipecat daripada persatuan bagi menjaga imej artis secara keseluruhannya.

"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain. Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.

"Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli", kata Zed kepada akhbar Sinar Harian hari ini.

Tambah Zed, mana-mana artis yang telah dilucutkan keahliannya juga tidak akan dibenarkan lagi untuk berlakon. Malah secara automatik nama artis tersebut akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas. Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan,"katanya.

10 Aksi Stunt Terbaik Dari Jackie Chan!!


10 Aksi Stunt Terbaik Jackie Chan: Chan Kong-sang atau lebih dikenali sebagai Jackie Chan merupakan antara pengarah, koreografer lagak ngeri dan pelakon filem aksi yang terkenal di Hong Kong dan di seluruh dunia. 

Baru-baru ini Jackie Chan di laporkan mengambil keputusan untuk berhenti dalam dunia lakonan. Dan ini sememangnya merupakan satu kehilangan besar dalam dunia perfileman dunia. 

Apa-apapun mari lihat 10 aksi stunt terbaik Jackie Chan dan filem Super Cop yang di buat di Malaysia juga tersenarai antara stunt terbaik oleh James Rolfe.



Thursday, 3 January 2013

Rain Bakal Hadapi Hukuman Penjara Akibat Keluar Dating!!



SEOUL - Bintang pop Korea Selatan, Rain disiasat oleh pihak tentera selepas beberapa gambar paparazi menunjukkan dia keluar temu janji bersama seorang aktres terkenal di sini.
Kementerian Pertahanan semalam menyatakan, pihaknya kini menyiasat sama ada Rain melanggar undang-undang tentera kerana menemui aktres Kim Tae-hee ketika penyanyi berkenaan sedang bertugas.
Rain kini berkhidmat sebagai penghibur pasukan tentera kerana dia memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat negara ini dengan menyertai sistem kerahan tenaga yang diwajibkan ke atas setiap lelaki Korea Selatan.
Dia tidak dibenarkan mengadakan pertemuan peribadi untuk tujuan rakaman dan persembahan di luar pangkalannya di sini ketika masih bertugas.
Mengulas insiden tersebut, pihak kementerian berkenaan menyatakan Rain mungkin dikenakan hukuman penjara berhubung kesalahan itu.

Sebuah agensi yang menguruskan Tae-hee mengesahkan bahawa mereka keluar bersama sejak sebulan lalu.
Pihak pengurusan Rain pula enggan menafikan atau mengesahkan berita tersebut.
Bintang drama popular Full House itu memasuki tentera pada Oktober 2011.
Rain dijadual menamatkan khidmat kerahan tenaga pada Julai depan. - AP

Wednesday, 2 January 2013

Zarina Anjoulie Kantoi Simpan Dadah?!




Pada 30 Disember lepas, seorang pelakon dan juga model yang dikenali kerana kontroversi, Zarina Anjoulie telah ditangkap bersama teman lelakinya dalam satu serbuan polis di sebuah rumah mewah di Damansara Damai kerana menyimpan dadah jenis eramin 5 di situ.

Hari ini, Berita Harian melaporkan yang Zarina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.

Ada-ada saja dengan Zarina. Ingatkan dia sudah insaf setelah terbabit dengan pelbagai kontroversi seperti gambar separuh bogel dan gambar seksi dengan majalah FHM.

Dalam serbuan kira-kira tiga hari lepas, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber:-

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.
Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.


Buat pengetahuan anda, Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah. Pada masa itu, dia mengaku mengambil dadah Ketamin dan Syabu, tetapi pada masa pengakuan dibuat dia masih belum menjalani ujian air kencing. - beautifulnara