Siapa tak kenal dengan Running Man, sebuah variety show yang semakin popular di Korea dan di seluruh dunia. Sejak rancangan ini bermula pada tahun 2010, dari episod ke episod peminat rancangan ini semakin bertambah dan ianya bukan setakat berkembang di Korea sahaja malah berkembang pesat diseluruh dunia terutamanya di negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Singapore, Indonesia dan Malaysia.
Apa yang paling dinantikan adalah kehadiran para peserta Running Man ke Malaysia. Kim Jong Kok akan ke Malaysia beberapa minggu lagi dalam promosi albumnya di Malaysia dan bukanlah kerana Running Man. Biarpun itu sudah mengubati rasa gelisah di hati penggemar rancangan ini, ramai yang bertanya dan tak sabar nak beramah-mesra dengan peserta kegemearan mereka secara terus!
Berita baik kerana kemungkinan Running Man akan datang ke Malaysia sekitar bulan September 2013 ini apapun ianya masih belum diumumkan secara rasmi. Apapun kehadiran mereka di Malaysia bukanlah untuk merakamkan salah satu episod baru untuk siri Running Man tetapi sekadar untuk BERTEMU PEMINAT mereka di Malaysia! Itu pun dah cukup awesome bukan?! Tapi sedikit mengecewakan apabila produksi mereka telah mengesahkan ketidakhadiran Song Ji Hyo kerana jadualnya yang padat.
Apapun kalau nak Running Man datang buat rakaman ke Malaysia, kami dimaklumkan perlu ada tindakan dari Kementerian Pelancongan negara ini sendiri untuk menjemput mereka dan baru mereka akan datang untuk membuat penggambaran jika semua perbincangan berjalan lancar. Bagi kami ianya salah satu cara terbaik untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia melalui rancangan seperti Running Man ini. Kementerian Pelancongan, bolehlah take note dan berfikir lebih kreatif lagi. Heh!
Psst! Dalam ramai-ramai ahli Running Man, siapa yang paling korang suka?
0 comments:
Post a Comment