Hari ini merupakan sejarah dimana umat-umat islam dari pelbagai latar belakang bersatu dalam mempertahankan kalimah Allah di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya.
Ya penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam. Kenapa perlu digunapakai kalimah Allah didalam kitab Bible versi Bahasa Melayu sedangkan dalam versi bahasa lain menggunakan perkataan "GOD"? Kenapa tidak gunakan perkataan "TUHAN"?
Sedar ataupun tidak ini merupakan taktik pengaburan mata bagi menjahanamkan Islam secara halus. Jika penggunaan kalimah "Allah" dipakai dalam Bible versi Bahasa Melayu ini bermakna ada DUA ALLAH namun berbeza dari segi kitab dan ajaran agama.
Kenapa perlu ditentang penggunaan kalimah Allah?
Dari sudut Islam, "tiada tuhan yang ku sembah melainkan Allah" bermakna ALLAH itu satu. Jadi penggunaan kalimah Allah secara logiknya esklusif hanya untuk orang Islam.
Perkara yang menyedihkan.
Agak menyedihkan apabila isu kalimah Allah ini dipertahankan oleh pihak-pihak tertentu. Dimana suara-suara yang lantang bersuara? Selalu kita lihat dimana-mana "perhimpunan" melaungkan HIDUP, HIDUP, HIDUP ISLAM....TAKBIR! ALLAHHUAKBAR!..berkumpul bukan main ramai lagi sampai tak ada tempat nak duduk cangkung, tapi bila isu kalimah ALLAH ini perlu dipertahankan suara-suara yang lantang itu terus lenyap dan menyepi.
Bersatulah wahai umat Islam! Bukan nak kata gua ni rasis ataupun berlainan ideologi politik dengan korang tapi bile masuk bab Islam gua rasa tak elok la kalau sesetengah parti politik yang melaungkan HIDUP, HIDUP, HIDUP ISLAM itu senyap dan menyepi..gua taknak dipijak oleh bangsa lain dibumi yang melahirkan gua sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam. Apa yang cuba disampaikan oleh gua kat lu orang bukalah mata dan minda..ini semua permainan yahudi untuk menjahanamkan Islam sedikit demi sedikit!
0 comments:
Post a Comment