Tuesday 10 September 2013

OPS CANTAS: Ketua Kongsi Gelap Melayu Ke LOKAP!


Ops Cantas Khas yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lebih dua minggu lalu tidak menyasarkan kaum tertentu sahaja sebaliknya ia adalah usaha serius bagi mengesan penjenayah dan ahli kumpulan haram.

Dakwaan kononnya PDRM menyasarkan tangkapan terhadap kaum tertentu tidak berasas sama sekali. Ini dibuktikan apabila daripada 4,626 tangkapan yang dilakukan, 2,581 orang adalah penjenayah Melayu, 715 orang Cina dan 1,146 India.

Sementara itu, di Klang, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor memberkas seorang ketua kumpulan kongsi gelap Melayu yang mempunyai rekod jenayah lampau. [ARTIKEL PENUH DISINI]

0 comments:

Post a Comment