Monday 9 September 2013

Liow Tiong Lai Nafi Desak Presiden MCA Letak Jawatan!


KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan dakwaan beliau memberikan tekanan kepada Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek agar melepaskan jawatan sebagai presiden parti.

Tiong Lai berkata, perkara itu mungkin berlaku kerana Soi Lek tersalah tafsir mengenai penyertaannya dalam beberapa perbincangan yang diadakan dengan Presiden MCA sebelum ini.

“Saya mengadakan perbincangan dengan beliau melibatkan pelbagai perkara dan soal gesaan supaya Soi Lek meletak jawatan bukan salah satu daripadanya,” katanya melalui satu kenyataan.

Justeru Liow melahirkan rasa beliau terkejut kerana Chua tersalah tafsir penyertaannya dalam perbincangan tersebut.

Beliau juga beranggapan Chua kelihatan terbeban dan terganggu dengan perkara itu sejak beberapa bulan lalu.

Sebuah portal berita semalam memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa Presiden MCA mendakwa timbalannya sudah tidak sabar untuk menjadi presiden parti itu.

Beliau dilaporkan mendakwa Tiong Lai telah berjumpa dengan beliau sebanyak tiga kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk memintanya supaya berundur.- Mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment