Laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign hari ini berkongsi video kejadian ragut di jalanraya melibatkan pasangan suami isteri warga Singapura.
Kejadian berlaku pada 3 September lepas di Johor Bahru pada pukul 5.47 petang melibatkan dua orang lelaki menaiki motosikal.
Menurut laporan akhbar Singapura The News Paper tentang kes itu, kejadian itu bukan sahaja menyebabkan pasangan suami isteri itu trauma malahan mereka kini sudah tidak berasa selamat walaupun ketika berada di rumah sendiri.
Pasangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fie, 41, dan Muka, 42, berada di dalam kereta di Johor Bahru apabila dua lelaki bermotosikal memecahkan tingkap sisi penumpang dan mencuri beg tangan, kad pengenalan Fie dan juga kunci rumah pangsa mereka di Bukit Batok, Singapura.
Pasangan itu kini trauma dan bimbang penyamun berkenaan akan datang merompak pula rumah mereka di Singapura.
Sejak kejadian itu, pasangan itu terpaksa menghantar anak mereka ke rumah saudara mara buat sementara waktu demi keselamatan mereka.
Video selama 41 saat itu pada mulanya menunjukkan rakaman kamera bahagian belakang kereta di mana kedua-dua suspek sedang menghampiri dengan menggunakan sebuah motosikal.
Kemudian, hanya kedengaran bunyi cermin di sebelah penumpang hadapan dipecahkan dan kemudian si penyamun pantas melarikan beg tangan mangsa, menaiki motosikal dan terus melarikan diri.. - sumber
0 comments:
Post a Comment