Tuesday 25 November 2014

Nasib Pejuang Siber Di #PAU2014



Gua hari ni melawat PWTC untuk melihat kehangatan Perhimpunan Agung UMNO 2014 a.k.a PAU2014 yang bermula semalam. Semalam tak dapat nak datang sebab hujan. Gua ni naik motor kapcai je.

Setakat ni belum ada yang menarik perhatian gua selain bilik media siber yang di anak tirikan seperti tahun lepas. Cuma bezanya tak ramai pejuang-pejuang siber dalam ni seperti tahun lepas. Gua lepak kejap lepas tu gua keluar sebab aircond mati.


Tahun lepas mungkin ramai sebab baru lepas pemilihan, tahun ni ape cer?

Gua KESIAN tengok nasib rakan-rakan gua yang buat keje dalam ni bergelap. CYBERCAFE pun lagi selesa la!

Kita tengok je la rentak permainan ni.

Thursday 13 November 2014

Dalang Disebalik 'Perancangan' Kejatuhan UMNO Selangor

Kenapa Noh Omar nak jumpa Presiden Parti UMNO iaitu Najib Razak adalah ingin mendapatkan nasihat dari beliau selaku pemimpin tertinggi dalam parti itu apabila ditegur oleh Tun M. Bukannya nak bagi surat resign.

Dan yang menariknya sudah pun timbul nama-nama yang bakal menggantikan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri itu. Belum jumpa presiden parti lagi sudah ada pihak yang mengeluarkan nama-nama calon pilihan. Tak ke pelik bunyinya tu?

Seolah-olah sudah pun ada 'list' nama yang disediakan sejurus selepas dari teguran Tun M. Presiden parti belum putuskan apa-apa namun sudah ada pihak yang 'memutuskan' untuk mengeluarkan 'list' tersebut.

Ini merupakan suatu 'permainan' yang dirancang untuk memburukkan imej dan prestasi Noh Omar di UMNO Selangor.

Siapakah dalang disebalik 'perancangan' itu?

Dari orang UMNO sendirikah?

Dari orang luar UMNO kah?

Apa pun urusan jumpa presiden parti itu biarlah Noh Omar sendiri yang settle. Kepimpinan di peringkat bahagian dan cawangan perlu memainkan peranan kalau nak tawan balik Selangor masa PRU-14 yang akan datang.

Sekian, pandangan gua.

UMNO Selangor Perlu Bersatu Di Setiap Peringkat


Dari kenyataan Noh Omar yang di siarkan di dalam akhbar tempatan semalam yang akan menemui Presiden Parti didalam waktu terdekat ini bagi mendengar nasihat untuk menentukan hala tuju dan masa depan UMNO Selangor.

Kenyataan itu telah disalah ertikan hingga membawa kepada spekulasi rombakan penuh UMNO Selangor yang akan digantikan oleh beberapa pemimpin yang 'ditembak-tembak' saja namanya.

Tindakan seperti ini hanya akan menyebabkan perpecahan yang lebih besar dalam pentadbiran UMNO Negeri dan tidak membawa keuntungan untuk ahlinya juga.

Mereka ini sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian untuk merampas kembali selangor dengan perancangan dan tindakan yang betul dan tersusun.

Melaga-lagakan pemimpin-pemimpin ini hanya akan menguntungkan musuh terutamanya musuh dalam parti.

Selesaikan dulu masalah mengikut potfolio yang telah diberi dan laksanakan tugas dengan penuh amanah dan telus.

Noh Omar telah mengusahakan segalanya untuk mentadbir UMNO Selangor dengan baik tetapi dari kalangan orang dalam sendiri yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka dapat telah menyebabkan perpecahan ini semakin parah.

Tukarlah sepuluh pemimpin pun kalau ketua-ketua diperingkat Bahagian dan Cawangan tidak fokus kepada pemulihan UMNO maka ianya akan berulang dan terus berulang.