Tuesday 22 January 2013

Arash Mohamad 'Panas' Dengan Sikap Azwan Ali Yang Melampau!!


Walaupun pelakon lelaki, Arash Mohamad sebelum ini tidak lantang bersuara dan hanya memberikan fokus kepada dunia lakonannya sahaja, tetapi tidak kali ini.

Arash baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataannya ‘sakit hati’ terhadap artis kontroversi, Azwan Ali yang mempunyai mulut laser dalam program Propaganza melalui Segmen Katanya yang dikendalikan oleh Azwan Ali atau Baby AA.

Kata Arash, tindakan Azwan Ali yang menjaja cerita artis-artis tempatan sendiri adalah satu tindakan yang menghina penggiat seni tanah air.

Malah, ia juga menjatuhkan maruah artis-artis tempatan yang mencari makan dalam industri seni Malaysia.

“Saya akui bukan semua artis itu baik tapi ramai juga yang akal pemikiran mereka tinggi. Tapi jangan la engkau nak jaja kisah–kisah artis dengan cara melalak guna loudhailer ditempat awam.

“Dah tu dengan pelancong asing sekali engkau babitkan sama, melampau sangat caranya. Tak ke menjatuhkan maruah artis,” kata Arash yang dipetik dari portal Buahmulut.com.

Bagi Arash, dia mengerti pekerjaan sesetengah artis yang bekerja dalam skop gosip dan menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelakon dan pengacara lelaki kontroversi tersebut.



Pun begitu, cara yang digunakan oleh Azwan Ali itu tidak kena dengan budaya masyarakat di Malaysia.

“Kita cukup faham artis ni memang dijadikan bahan gosip untuk keuntungan dan hiburan sesetengah pihak. Tapi bila caranya macam tu dengan gaya penampilanya macam itu, memang tak boleh diterima langsung.

“Saya sebenarnya tak ada apa-apa masalah peribadi dengan Azwan Ali dan saya tahu peribadinya macam tu. Cuma cara dia dalam segmen tersebut bagi saya memang salah dan terlalu melampau,” katanya.

Justeru, Arash nekad menyuarakan pendapatnya mengenai cara dan sikap Azwan Ali walaupun tidak ramai yang berani bersuara membangkang setiap tindak-tanduk Azwan Ali.

Kata Arash, dia lantang bersuara kali ini bukan untuk meraih populariti. Selanjutnya

0 comments:

Post a Comment