Sunday 6 January 2013

Hilang Rentak, Red Warrior Tewas!!


Pasukan ATM menjulang Piala Sumbangsih atau dikenali sebagai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama apabila menewaskan Kelantan 4-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Ia merupakan permulaan baik buat The Gladiators dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2013.

Malah kemenangan itu membolehkan ATM merealisasikan misi balas dendam mereka terhadap Kelantan yang menjuarai Piala Malaysia musim lalu.

Kedua-dua pasukan bermain dengan seimbang dalam aksi 45 minit pertama dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Pendatang baru Liga Super, pasukan ATM menguasai sepenuhnya perlawanan babak pertama.

Pasukan kendalian jurulatih B.Sathianathan itu hampir memecah kebuntuan menerusi tiga percubaan berbahaya.

Pemain gantian Syazuan Hazani hampir meletakkan ATM di depan pada minit ke-15, tetapi rembatannya tersasar.

Juara Liga Super tahun lalu, Kelantan pula masih tercari-cari rentak untuk membolosi kubu pertahanan lawan.

Aksi babak kedua bersambung sengit.

Pemain berusia 31 tahun, Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol pertama untuk The Red Warriors pada minit ke-55.

Keita Mandjou menggandakan jaringan buat Kelantan pada minit ke-60 tetapi gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

The Gladiators bangkit melakukan asakan menerusi jaringan Irwan Fadzly Idrus pada minit ke-85.

Gol tersebut meletakkan kedudukan seri 1-1.

Kedudukan seri kekal sehingga minit ke-93 dan memaksa juara ditentukan menerusi sepakan penalti.

Irwan Fadzly dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan. - Sumber

0 comments:

Post a Comment