Tuesday, 8 January 2013

@CMLimGuanEng Nak Letak Kalimah Allah Kat Bible versi BM

SERI ISKANDAR 6 Jan. - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mengecam kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu.

Seiring dengan bantahan itu, pertubuhan berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah pagi ini mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Antara NGO yang terlibat adalah Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim), Majlis Belia Daerah Perak Tengah, Gerakan Belia 4B Malaysia kawasan Parit dan Persatuan Sepak Takraw daerah Perak Tengah.

Turut serta membuat laporan adalah Persatuan Ketua-ketua Kampung Parlimen Parit, Persatuan Belia Cergas Layang-Layang Kiri, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak Tengah dan Parti Progresif Penduduk (PPP) Parit.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Iskandar, Ahmad Jahuri Kamidun berkata, kenyataan pemimpin DAP itu dianggap biadab dan menghina umat Islam.

Katanya, sebagai pemimpin tertinggi parti, Guan Eng tidak wajar mendesak sesuatu yang disifatkan sensitif memandangkan ia melibatkan sensitiviti agama di negara ini.

"Kami semua mengecam tindakan Guan Eng itu, dia memang melampau dan tidak menghormati langsung agama Islam.

"Jika ada pihak menyokong mereka, itu kerana kepentingan politik mereka dan kami akan tentang habis-habisan kerana ia melibatkan agama Islam yang kita cintai," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu pukul 10 pagi ini.

Guan Eng sempena perutusan Krismas baru-baru ini mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu.

Sementara itu, Ketua Wanita PPP, Intan Fatimah Mahmud berkata, pihaknya menentang keras kenyataan Guan Eng itu dan mendesak siasatan segera dilakukan terhadap pemimpin berkenaan.

"Kami menuntut beliau memohon maaf kepada rakyat Islam di negara ini dan berhenti menggunakan agama sebagai modal percaturan politik," katanya. - Utusan

0 comments:

Post a Comment