Thursday 18 July 2013

Pemuda Jangan 'Over Confident' - YB @KhairyKJ #N01KualaBesut


Besut 17 Julai - Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengigatkan supaya semua jentera pemuda dan puteri terus melipat gandakan usaha bagi mendekati golongan muda untuk meraih sokongan golongan itu terhadap Barisan Nasional (BN).

“Kita jangan terlalu yakin dan mengangap bahawa (Kuala Besut) adalah kubu kuat kita. Keputusan pada pilihan raya yang lepas belum cukup untuk membuktikan kita mampu menang dalam pilihan raya kecil pada kali ini.

“Saya telah menasihati para jentera pemuda dan puteri untuk mengekalkan dan memaksimakan usaha mereka bagi mempengaruhi orang muda,” katanya selepas menyampaikan peralatan sukan kepada pertubuhan dan kelab seluruh Kuala Besut di Dewan Sivik Kg. Baru di sini, hari ini.

Khairy turut manaruh harapan tinggi terhadap calon yang disifatkan adalah terbaik kerana merupakan orang muda dan berpendidikan tinggi.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman bukan calon asing bagi kawasan itu. Beliau merupakan anak kepada seorang guru agama yang dihormati di Kuala Besut.

Sebelum itu, Khairy bersama barisan kepimpinan pemuda negeri telah membuat lawatan ke beberapa rumah penduduk di Seberang Barat bagi menyampaikan sumbangan kepada warga emas di kawasan itu. - Sumber

0 comments:

Post a Comment