Friday 4 January 2013

HOT!! Zarina Anjoulie Confirm DiGAntung Akibat Kes Dadah!!

Ratu kontroversi Zarina Anjoulie yang berhadapan dengan dakwaan memiliki dua biji pil eramin 5 bersama teman lelakinya kelmarin dikhabarkan berpeluang bebas dari Penjara Kajang hari ini selepas seorang ahli keluarganya bersetuju menjadi penjamin.

Dalam akhbar Kosmo hari ini menyebut seorang jurucakap polis memaklumkan yang pelakon dan model itu akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk proses jaminan tersebut.

Kelmarin Zarina terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas kegagalan adiknya membayar jaminan di kaunter mahkamah. Sehubungan itu, pelakon drama Anak Pontianak itu terpaksa ditahan di penjara sehingga ahli keluarganya membayar wang jaminan berjumlah RM2,000 seperti yang diarahkan mahkamah.

Sementara itu dalam laporan berasingan, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata mana-mana artis yang terlibat dengan kes serius seperti ini akan digantung atau dipecat daripada persatuan bagi menjaga imej artis secara keseluruhannya.

"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain. Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.

"Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli", kata Zed kepada akhbar Sinar Harian hari ini.

Tambah Zed, mana-mana artis yang telah dilucutkan keahliannya juga tidak akan dibenarkan lagi untuk berlakon. Malah secara automatik nama artis tersebut akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas. Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan,"katanya.

0 comments:

Post a Comment