Si cantik Vo Hoang Yen dinilai oleh pihak berkuasa Vietnam, telah melanggar nilai kesusilaan, setelah dia mengenakan pakaian nipis yang memaparkan sebahagian besar payudaranya dalam pertunjukan busana berjudul, Ghairah dan Konvergensi, di Bandar Ho Chi Minh, 20 Disember 2012.
Menurut pemberitaan Asiaone.com, Minggu (30/12/2012),, wanita berusia 24 tahun itu disoal siasat oleh pihak berkuasa di Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Ho Chi Minh, lalu didenda 3.5 juta Dong Vietnam
Sementara pihak penganjur pertunjukan fesyen itu dikenakan denda sebanyak 7,5 juta Dong Vietnam (Rm1000). Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Ho Chi Minh, Do Hoang Nam, berkata pihaknya menjatuhkan hukuman tersebut lantaran, kostum yang digunakan selama acara, termasuk pakaian yang dikenakan oleh Vo, tidak disajikan untuk diperiksa kepantasan oleh pihak berkuasa.
"Mereka tidak menunjukkan kepada kami dengan maksud untuk meluluskannya dalam pertunjukan itu," katanya.
Sementara ketika disahkan, Vo, mengaku dirinya awalnya menolak untuk mengenakan pakaian tersebut, tapi kemudian dia dipaksa untuk memakainya oleh pihak penganjur.
"Ketika saya diminta untuk mengenakan gaun itu, saya merasa itu salah dan sangat gugup. Saya juga merasa bahawa pakaian itu terlalu mendedahkan. Awalnya saya tidak mahu memakainya, tetapi saya mengalah kerana saya tidak mahu meletakkan penganjur dalam situasi yang sukar," ujar runner up pertama Miss Universe Vietnam 2008 yang mewakili negara itu di pertandingan Miss Universe 2009 di Bahamas.
"Saya diperingatkan sebelumnya tentang perlunya untuk mengekalkan tahap tertentu kesopanan selama acara modeling, namun insiden ini berlaku secara tidak sengaja. Saya ingin meminta maaf kepada semua orang untuk tindakan saya," kata perempuan bertinggi 178 sentimeter ini.
Tengok....di Veatnam dedah payudara pun kena hukum. Di Selangor, di Kedah, di Pulau Pinang malah di Kelantan pun MB dan KM sebagai pemerintah tak ambil tindakan kapada jalang-jalan dan penari tiang yang mededahkan anu nya pun depa tak ambil tindakan... mana undang Islam niiiiihhh...
ReplyDelete