Thursday 2 January 2014

Kenyataan @JamawiJaafar Disalah Erti?


Malang nasib Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Saudara Jamawi Jaafar apabila saranan agar sambutan ambang tahun baru diganti serta diisi dengan program keagamaan sebagaimana dilaporkan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian bertarikh 29 Disember tempoh hari menimbulkan rasa tidak senang sesetengah pihak.

Bagi saya dakwaan yang mengatakan kenyataan Ketua Penerangan Pemuda UMNO adalah kenyataan peribadi dan populis langsung tidak masuk akal.

Setahu saya dalam UMNO bercakap itu merupakan satu pekerjaan bagi Ketua Penerangan dan perlu diingat bukan semua orang boleh bekerja dengan menggunakan percakapan. Biasanya untuk bercakap di depan ahli-ahli politik apatah di depan media percakapan mereka perlu mengandungi fakta.

Inilah peranan Ketua Penerangan iaitu memberi penerangan supaya perkara yang samar dan pudar menjadi terang dan jelas.

Kenyataan Peribadi Jamawi atau Pendirian Pemuda UMNO?

Menjelang himpunan TURUN pada 31 Disember tempoh hari, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar bukan secara peribadi mengesyorkan agar sambutan konsert dan bunga api sempena ambang tahun baru dibatalkan dan digantikan dengan program keagamaan sebaliknya ia adalah pendirian Pemuda UMNO Malaysia(selanjutnya klik disini)

0 comments:

Post a Comment