Friday 4 January 2013

@ngehkooham & @ngakorming Sebabkan Orang Kelantan Hilang Punca Rezeki!!



PASIR MAS - Kerajaan Pas Kelantan mesti disiasat segera berhubung dakwaan kemelut pemberian tanah seluas lebih 4,000 hektar bernilai puluhan juta ringgit di Gua Musang kepada dua wakil rakyat DAP Perak.
Bendahari UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata, daripada sudut undang-undang, tindakan kerajaan negeri itu dilihat bercanggah dengan enakmen tanah rizab Melayu.
"Kerajaan mesti tahu bahawa dalam undang-undang, mereka tidak boleh memberi milikan atau pajakan tanah kepada agensi atau individu bukan Melayu.
"Secara eksklusif, ia boleh diberi kepada orang Melayu sahaja," katanya selepas menyampaikan bantuan banjir berbentuk barangan bernilai RM12,000 kepada 400 penduduk Kampung Gelang Mas dekat sini semalam.
Akhbar sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.
Difahamkan, kira-kira 95 peratus tanah di negeri itu adalah di bawah enakmen rizab Melayu.
Enakmen Rizab Melayu Kelantan diwujudkan pada tahun 1930 dan ia antara lain bertujuan menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan kepada bukan Melayu.
Mengulas lanjut, Hanafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas berkata, daripada sudut moral, kemelut tersebut menggambarkan kerajaan Pas Kelantan tidak berwibawa memandangkan masih ramai rakyat berhadapan dengan masalah pemilikan tanah.
Beliau berkata, tindakan tersebut sekali gus mengundang rasa dukacita kepada beberapa peneroka asal yang pernah menjadikan tanah tersebut sebagai sumber pendapatan hidup.
"Dimaklumkan tanah yang diberi kepada wakil rakyat DAP berkenaan pada asalnya sudah ada peneroka terdiri daripada orang kampung yang mengusahakan tanaman getah dan buah-buahan tetapi apabila diberi milik atau pajakan kepada orang lain, mereka terpaksa keluar. Ini sesuatu yang agak menyedihkan, ia tidak sepatutnya berlaku kepada rakyat Kelantan," ujarnya. - Kosmo

0 comments:

Post a Comment