Sunday 27 October 2013

Fathul Bari Gesa Penduduk Tempatan Amal Politik Perpaduan #PRKSgLimau @ahmadmaslan @TunFaisal




Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa penduduk tempatan mengimarahkan masjid ketika memberi tazkirah sempena acara sukaneka dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di PDM Sungai Dedap, Sungai Limau, hari ini di sini.

Beliau menggesa penduduk tempatan supaya mengamalkan politik perpaduan seperti tuntutan Islam walaupun parti politik bertanding sedang sibuk berkempen.

Dr. Fathul Bari mengegaskan, perbezaan ideologi politik sepatutnya tidak merosakkan hubungan dan ukhwah di kalangan penduduk setempat.

“Perbuatan memboikot majlis kematian dan kenduri kerana berbeza pandangan politik adalah tidak wajar.
“Berpolitik ada nilai-nilai dan batas-batas syariah yang perlu kita patuhi. Kerana itu, politik perpaduan adalah penting bagi menjaga kepentingan rakyat di sini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya para pengundi memilih calon Barisan Nasional (BN), Prof.Dr. Ahmad Sohaimi Lazim pada 4 November ini demi perubahan di Sungai Limau.

Turut hadir di program sukaneka ,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarikh Khan dan calon BN, Prof.  Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. 

0 comments:

Post a Comment