Sunday 27 October 2013

Penyokong Pembangkang Jangan Kurang Ajar!! - Zahida #PRKSgLimau @ahmadmaslan @tunfaisal




Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarikh Khan mengingatkan jentera Puteri supaya berkempen secara berhemah sepanjang kempen pilihanraya di sini. Beliau juga menasihatkan para jentera Puteri bergerak secara kumpulan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Zahida berkata demikian ketika ditemuramah oleh pemberita selepas merasmikan acara sukaneka bersama penduduk di Sungai Dedap anjuran Pegerakan Puteri UMNO Malaysia.

Menurutnya, tindakan provokasi oleh pihak pembangkang menggangu jentera Puteri ketika berkempen adalah tindakan kurang bijak.

“Provokasi dan gangguan oleh penyokong pembangkang tidak dapat melunturkan semangat dan moral kami. Kami akan sentiasa bertemu dengan rakyat bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau”, katanya.

Ini adalah kali pertama jentera Pergerakan Puteri UMNO Malaysia turun padang membantu kempen BN selepas pemilihan UMNO yang lalu. Puteri akan melaksanakan beberapa program bagi memfokuskan 5,600 pengundi muda di Sungai Limau.

0 comments:

Post a Comment