Sunday, 27 October 2013

@abby_abadi112 apa cerita hilang tak mai ceramah? #PRKSgLimau


Gua malam ni round2 di Sungai Daun gara2 nk tengok ceramah Abby Abadi..gua pun round2 la cati kawasan..cari punya cari hampir 1 jam mencari di jalan yang sama

Hasilnya gua xjumpa..gua duk lepak kedai kopi kena secawan dulu..habis minum tergerak lak hati nak round sekali lagi cari tempat ceramah Abby Abadi..

Hasil yang sama..gua tak jumpa tempat ceramah abby yang dijadualkan di UPU Sungai Daun..

Akhirnya gua amek keputusan tanya kat markas PAS yang gua dah lalu berulang kali tadi..

Gua bagi salam dan salam gua disambut baik oleh orang di markas PAS.. gua pun tanya la..ni UPU Sungai Daun ka? Dia cakap betul la ni..awat? Gua pun balas balik tanya dalam jadual sepatutnya ada ceramah abby abadi malam ni kat sini..

Dia pulak buat muka heran dengan gua mengatakan tidak dimaklumkan mengenai kedatangan penceramah tersebut.

So gua pun salam semua orang gua angkat kaki beredar dari situ..

Kesimpulannya disini petang tadi ada member gua cakap ceramah abby petang tadi kat Sungai Limau ni pun suram.. tak ramai yang mai..

Adakah disebabkan crowd yang tak ramai itu punca abby membatalkan jadual ceramahnya pada malam ini?

Sama-sama kita renungkan...

Penyokong Pembangkang Jangan Kurang Ajar!! - Zahida #PRKSgLimau @ahmadmaslan @tunfaisal




Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarikh Khan mengingatkan jentera Puteri supaya berkempen secara berhemah sepanjang kempen pilihanraya di sini. Beliau juga menasihatkan para jentera Puteri bergerak secara kumpulan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Zahida berkata demikian ketika ditemuramah oleh pemberita selepas merasmikan acara sukaneka bersama penduduk di Sungai Dedap anjuran Pegerakan Puteri UMNO Malaysia.

Menurutnya, tindakan provokasi oleh pihak pembangkang menggangu jentera Puteri ketika berkempen adalah tindakan kurang bijak.

“Provokasi dan gangguan oleh penyokong pembangkang tidak dapat melunturkan semangat dan moral kami. Kami akan sentiasa bertemu dengan rakyat bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau”, katanya.

Ini adalah kali pertama jentera Pergerakan Puteri UMNO Malaysia turun padang membantu kempen BN selepas pemilihan UMNO yang lalu. Puteri akan melaksanakan beberapa program bagi memfokuskan 5,600 pengundi muda di Sungai Limau.

Fathul Bari Gesa Penduduk Tempatan Amal Politik Perpaduan #PRKSgLimau @ahmadmaslan @TunFaisal




Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa penduduk tempatan mengimarahkan masjid ketika memberi tazkirah sempena acara sukaneka dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di PDM Sungai Dedap, Sungai Limau, hari ini di sini.

Beliau menggesa penduduk tempatan supaya mengamalkan politik perpaduan seperti tuntutan Islam walaupun parti politik bertanding sedang sibuk berkempen.

Dr. Fathul Bari mengegaskan, perbezaan ideologi politik sepatutnya tidak merosakkan hubungan dan ukhwah di kalangan penduduk setempat.

“Perbuatan memboikot majlis kematian dan kenduri kerana berbeza pandangan politik adalah tidak wajar.
“Berpolitik ada nilai-nilai dan batas-batas syariah yang perlu kita patuhi. Kerana itu, politik perpaduan adalah penting bagi menjaga kepentingan rakyat di sini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya para pengundi memilih calon Barisan Nasional (BN), Prof.Dr. Ahmad Sohaimi Lazim pada 4 November ini demi perubahan di Sungai Limau.

Turut hadir di program sukaneka ,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarikh Khan dan calon BN, Prof.  Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. 

Thursday, 26 September 2013

Al-Fatihah! Ustaz Azizan Meninggal Dunia


ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sultanah Bahiyah, Alor Setar jam 11.15 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Muhkriz Mahathir. -BH

Thursday, 19 September 2013

Dah Kena Fitnah?Ada Pihak Sudah Goyang? #bersihkanUMNO


Hangat! Hangat! Musim pemilhan UMNO 2013 yang HANGAT sekali! Sebab apa gua cakap hangat? Lu orang tengok sendiri la gambar kat atas tu..gambar tu sendiri dah boleh cerita apa yang berlaku..

Ok la kalau lu orang tak faham gua explain kat uolls about this situation..

Apa yang gua cuba sampaikan ialah tak perlu lah kita menabur fitnah hingga mengaibkan mana-mana pihak masa musim pemilihan ni..kesian akak kat atas tu yang bernama Raihan Sulaiman Palestine yang juga bertanding sebagai calon Ketua Wanita UMNO bersaing dengan Kak Jat

Ada pihak sudah goyang?

Pihak yang dikatakan goyang itu tak perlulah gua sebut sendiri paham sudah..macam mana tak goyang beb sekarang pun dah goyah tup tup ada pulak yang umum bertanding Ketua Wanita..hurm strategi kena bijak ye..

Ada masa perlu mengundur diri, kita undur..tapi jangan undur bila mana situasi itu melibatkan perjuangan Melayu itu sendiri..berjuang habis-habisan

Begitulah jua di bahagian-bahagian jangan dengar cakap orang pasal benda buruk, kaji selidik dulu mana hujung pangkal sebelum nak menghentam keromo orang je..tak pasal-pasal calon dapat nama buruk sebab orang buat mulut! #bersihkanUMNO

HANGAT!! Seorang Ahli Politik Dipukul Orang Kampung!!


Memalukan dan tidak siuman!

Mungkin itulah perkataan yang sesuai dilemparkan kepada seorang ahli politik di India, Parti Pemerintah Kongres Assam, Bikram Singh Brahma.

Awal minggu lalu, Brahma telah melawat penduduk-penduduk di kampung Santipur di daerah Chirang Assam sebagai tanda prihatin seorang pemerintah kepada penduduk di kampung itu.

Namun, pada jam 2 pagi, Brahma telah masuk ke dalam sebuah rumah seorang gadis dan merogol gadis tersebut.

“Penduduk kampung telah menyembunyikan penggera malam semalam selepas Brahma didapati bersalah merogol gadis itu,” kata Superitendan Polis Chirang, Kumar Sanjeev Krishna.


Akibatnya, Brahma telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan dipukul oleh penduduk kampung Santipur.

Selain itu, mereka memarahi Brahma dengan menjerit kepada ahli politik itu selain menanggalkan pakaian yang dipakai oleh Brahma.

Brahma telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut kes tersebut.

Kes Brahma yang berjawatan tinggi dalam negeri itu adalah satu kes yang mengejutkan selepas kes lima lelaki merogol seorang pelajar yang berusia 23 tahun hingga mati pada Disember tahun lalu.

Tuesday, 17 September 2013

Anuwar Ibrahim Sedih Hajat Tak Kesampaian!


Pemergian pemimpin Parti Komunis Malaya ini pastinya menyedihkan buat Anuwar Ibrahim yang mahukan kepulangannya semula di Malaysia ini namun mendapat tentangan hebat terutama dari rakyat kerana tidak mahukan pemimpin Komunis ini menjejakkan kakinya semula di Tanah Melayu ini!

Kalau rakyat sendiri tak mahukan Komunis ini menjejakkan kakinya semula di tanah air ini mengapa Anuwar Ibrahim sibuk-sibuk nak dia pulang? Rakyat negara mana dia ni? Dah lupa ke berapa ramai anggota-anggota keselamatan kita dibunuh dan terkorban?

Kesimpulannya sekali dibuang sampai bila-bila hidup dalam buangan!