Friday, 15 November 2013

POLIS KENALPASTI 4 SUSPEK KES BUNUH @PDRMsia


Ipoh - Kes pembunuhan seorang lelaki di rumah sewanya di Simpang Pulai, di sini Sabtu lepas menjurus kepada dendam antara dua kumpulan kongsi gelap, kata polis.

Siasatan dan risikan polis setakat ini mendapati kesemua suspek dan mangsa kejadian itu terlibat dalam kegiatan kongsi gelap, kata Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti empat suspek utama kes itu dan tangkapan akan dibuat pada bila-bila masa sahaja.

"Kejadian itu lebih menjurus kepada dendam antara kumpulan 04 dan 08, mungkin pertelingkahan tetapi bukan semata-mata perebutan kawasan," katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis dan Pengerusi Perkep negeri Perak di sini hari ini. [KLIK untuk selanjutnya]

Saturday, 2 November 2013

HUH!! Apa Lagi Tunggu Jom Pakat Hijrah!! #PRKSgLimau #BeraniHijrah


Ya..gua tiba-tiba nak lu orang imbas kembali semasa Kedah ini masih dibawah tampuk pemerintahan Barisan Nasional..

Kalau sekarang Muhkriz dah bagi macam-macam kesenangan walaupun tak sampai setahun lagi jadi Menteri Besar Kedah..Cuba imbas kembali semasa ayah Muhkriz, Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri apa yang diberi kepada rakyat..

Gua tak nak story kat lu orang..lu orang dengar sendiri dari apa yang orang kampung cakap ok?

Sempoi MB Kedah!! Rakyat Sungai Limau Yang Selama Ini Dianaktirikan Kini Mendapat Kesenangan!! #PRKSgLimau


Alhamdulilah...sedikit sebanyak walaupun belum memenangi DUN Sungai Limau ini kerajaan negeri yang dinaungi Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Muhkriz Mahathir hari ini mengumumkan Perumahan Aman Makmur untuk penduduk Sungai Limau di sini.

Buka lah mata untuk orang-orang Sungai Limau yang kerajaan mampu memberi lebih dengan kemenangan Barisan Nasional di Sungai Limau ini..yang senang rakyat juga..dengan adanya pembanggunan maka ekonomi setempat itu mampu dijana dengan lebih tinggi.



HAHAHA!!! Harakahdaily Dah Tak Ada Modal Nak Tulis Artikel!! #PRkSgLimau


Semalam,wartawan Harakah mengkritik Calon BN bagi DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi memakai kopiah putih kononnya meniru cara pemakaian orang PAS yang sinonim dengan cara berkenaan. Laporan berkenaan jelas menunjukkan bahawa hanya ahli PAS dan calon PAS sahaja yang layak memakai kopiah putih memandangkan mereka adalah bertaraf ulamak.

PAS juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memakai kopiah putih ketika menunaikan solat di beberapa buah masjid sekitar Sungai Limau baru-baru ini.

Kritikan dan pertikaian ini menampakkan sikap kurang ilmu pengarang Harakahdaily. Jika pengarang tersebut biasa dengan kehidupan masyarakat kampung di Kedah, pemakaian kopiah putih melangkaui batas politik. Adalah biasa orang UMNO dan pemimpin UMNO memakai kopiah putih dalam majlis-majlis masyarakat di kampung.

Pemimpin UMNO seprti Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Othman Abdul (Ahli Parlimen Pendang), malah Tun Dr Mahathir Mohamad turut memakai kopiah putih dalam program-program di kawasannnya ketika menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu. Cuma pemimpin UMNO tidak memakai kopiah putih untuk menjual imej agama yang dicipta dan dirangka oleh Pas sejak dahulu.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga sekali sekala memakai kopiah putih mengikut keperluan majlis. Anehnya pengarang Harakahdaily ini bukan sahaja bebal malah malas melakukan penyelidikan.

Di dalam Islam, tidak pernah ada hadis atau suruhan yang menyatakan orang-orang PAS atau pemimpin PAS sahaja yang boleh memakai kopiah putih. Malah, di dalam Al-Quran juga tidak termaktub seperti peraturan PAS ini.

Nampaknya, PAS mewujudkan satu lagi fahaman di mana kopiah putih hanya layak dipakai oleh orang PAS sahaja. Dan, UMNO dan BN, sepertinya hanya boleh memakai songkok sahaja.

Apa-apa pun, kopiah putih tidak melambangkan keperibadian mulia dan keimanan yang tinggi dalam diri seseorang itu hingga layak diangkat tinggi martabatnya yang membezakan dengan orang Islam lain yang tidak berkopiah atau hanya bersongkok. Itu yang PAS perlu tahu.

Untuk pengarang Harakahdaily, berhentilah menjadi budak-budak cybertroopers, jagalah martabat seorang pengarang.-Di petik dari Mykmu.net

HANGAT!!! Azam Menang, Phahrolrazi Senang!! Mahfuz Omar Ape Cer?!! #PRKSgLimau


Satu demi satu perkara yang dibongkarkan..kalau tak ada pilihanraya kecil ni gua rasa memang isu ni senyap sunyi je takde sapa yang ambil endah!

Gua dengar citer calon PAS, Ustaz Azam ni merupakan proksi kepada Phahrolrazi yang digunakan untuk menjatuhkan Alllahyarham Ustaz Azizan?Betul ke?Jom usha video ni kalau lu orang nak tau citer sebenar!!

Friday, 1 November 2013

[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bicara Hukum HUDUD #PRKSgLimau



Thursday, 31 October 2013

HAH??? Ustaz Fathul Bari Masuk PKR??? #PRKSgLimau