Thursday, 11 April 2013

Abby Abadi Meroyan Tak Dapat Jadi Calon???


PETALING JAYA: Penyanyi Aishah yang sebelum ini dilaporkan terkejut dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akhirnya mengesahkan untuk bertanding kerusi itu.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, keputusan menerima tawaran itu bagi mewakili PAS dibuat atas kerelaan dan kehendaknya sendiri.

“Ia adalah pilihan saya. Apabila kita mempunyai pengikut tertentu (sebagai bintang pop) dan ia juga merupakan perkara yang baik, mengapa tidak (bertanding)?” katanya seperti dilaporkan portal red carpet.net.my pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengumumkan Aishah yang popular dengan lagu Janji Manis Mu dan Melukut Di Tepi Gantang dinamakan sebagai calon Parlimen Jempol bagi mewakili parti itu dalam PRU13.

Akhbar bagaimanapun melaporkan pengumuman Mohamad Sabu satu keputusan ‘bercelaru’ kerana pada Ahad lalu nama Ketua Dewan Pemuda PAS Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa diumumkan sebagai calon bagi kerusi tersebut.

Dalam pada itu Aishah yang pernah menuntut dalam jurusan sains politik di sebuah universiti di New Zealand berkata, dia sentiasa cenderung dalam bidang berkenaan walaupun mengakui permainan politik kadangkala kotor.

“Ia akan menjadi kotor kalau kita yang mahukan ia menjadi kotor. Sebagai rakyat Malaysia, saya berpendapat kita memerlukan politik yang matang dalam membentuk pandangan politik kita. Ia mengambil masa untuk mendidik masyarakat,” katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini berkata, keutamaan dalam hidupnya telah berubah selepas membuat keputusan meninggalkan dunia seni.

Ujarnya, semasa muda dia banyak memberi tumpuan dalam bidang muzik tetapi apabila sudah ‘tua’, bidang politik adalah dunia barunya.

“Jika doktor boleh menjadi ahli parlimen dan menteri kabinet, kenapa tidak artis seperti saya?” katanya yang akan memulakan kempen pada minggu depan.

Kata Aishah selepas menyertai PAS pada Mei tahun lalu, dia telah terlibat secara aktif bagi memperjuangkan parti itu termasuklah menyertai ceramah-ceramah politik yang dianjurkan.

Dalam pada itu Aishah menerusi satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online pada Jumaat berkata dia kini sibuk berkempen di Pasir Salak, Perak. -mStar

Sunday, 7 April 2013

[VIDEO] Terima Kasih DS @NajibRazak - Akujanji Untuk Rakyat Malaysia Lebih Bagus Dari #ManifestoBukanJanji #BNBagus #PRU13 #GE13


Manifesto Barisan Nasional(BN) yang dilancarkan oleh YAB DS Najib Tun Razak dan disiarkan secara langsung di kaca tv telah menjanjikan banyak perkara yang mengurangkan beban rakyat. Ini yang sepatutnya dijanjikan dalam manifesto bukannya "manifesto bukan janji" seperti manifesto pembangkang!

YAB PM tidak menganggap manifesto itu sebagai satu manifesto tetapi Akujanji Untuk Rakyat Malaysia! Ya..Barisan Nasional tidak akan menabur janji jika tidak dapat ditunaikan,setiap janji ialah JANJI DITEPATI! Bukannya menabur janji-janji kosong seperti pembangkang yang tidak melaksanakan manifesto pada tahun 2008 di negeri-negeri pemerintahannya.

Barisan Nasional sentiasa memberikan sepenuh komitmen demi memenuhi keperluan rakyat bukannya menyusahkan lagi rakyat seperti pembangkang yang hanya berpolitik untuk kepentingan peribadi..

Seperti di Pulau Pinang yang tidak ada perumahan kos rendah yang dinaikkan  bagi golongan berpendapatan rendah tetapi meluluskan projek berbilion ringgit untuk pembinaan terowong..

Di Kedah juga menghadapi masalah dengan sistem pentadbiran..isu air di Kelantan malahan banyak lagi masalah yang dihadapi rakyat di negeri pembangkang.

Barisan Nasional menjanjikan 150 komitmen baru untuk 5 tahun akan datang jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13 yang mana 112 komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat

Apa yang dibentangkan oleh YAB PM adalah sangat realistik,berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Jangan menjanjikan sesuatu perkara jika janji itu tidak dapat dilaksanakan..betapa mahir dan berhati-hatinya YAB PM menguruskan kerajaan dibawah pentadbiran Barisan Nasional.


Janji-janji itu juga turut merangkumi keperluan rakyat di Sabah, Sarawak dan kawasan pendalaman di Malaysia.

Jika pembangkang buat BERSIH 1,2,3 kononnya untuk membela nasib rakyat namun sampai sudah rakyat di negeri-negeri pembangkang tidak mendapat 'kesenangan' seperti yang di'janji'kan dalam manifesto mereka..opss lupalak "manifesto bukan janji"..

Tetapi Barisan Nasional juga boleh buat seperti BERSIH yang dibuat pembangkang cuma berlainan konsep sahaja iaitu BR1M 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya..BR1M akan dinaikkan secara berperingkat sehingga mencecah RM1200.00..Bantuan-bantuan lain seperti Baucer Buku 1 Malaysia dan Bantuan Persekolahan juga turut dinaikkan..ini yang dikatakan memenuhi keperluan rakyat ok..

Barisan Nasional berkongsi kemakmuran bersama rakyat bukannya seperti sesetengah parti yang mengutip derma untuk tujuan bantuan amal tetapi untuk kepentingan parti itu sendiri.

Banyak lagi yang Barisan Nasional laksanakan untuk kepentingan rakyat,malah ada penambahbaikkan demi rakyat. Jadi demi agama, bangsa, tanah air dan anak cucu kita marilah menyokong Barisan Nasional untuk diberi mandat mentadbir negara Malaysia ini!

Saturday, 6 April 2013

Anwar Goyang Di Sabah!! Sebab Tu Bertanding Permatang Pauh! #lainkalilah #BN4Malaysia


Tiap kali ke Sabah untuk memberi ceramah Anwar pasti melaungkan "ini kali tukarlah"...kali ini kita kasi tukar jadi #Lainkalilah....hahaha

sebab apa kasi tukar...sebab kat sabah tak kuat pun penyokong si Anuwar ni..Satu perpaduan dikenali sebagai TATABA membuatkan parti PKR di Sabah hampir lumpuh kerana perpaduan itu terdiri dari parti PBS, PBRS dan UPKO yang mana ketiga-tiga pemimpin besar ini seringkali menjadi panduan kaum kadazan-dusun-murut dalam membuat keputusan memilih parti..

Kenapa gua cakap sebab kan tiga pemimpin ni je boleh buat PKR lumpuh kat sana?Ha ni gua nak bagi tau! Sebab masa dorang buat pertemuan perpaduan (TATABA) tempoh hari ketiga-tiga pemimpin ni sepakat menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib dalam pilihanraya kali ini!

Rakyat Sabah tahu lah kau la dalang disebalik kejadian di Lahad Datu wahai Anuwar oii...tak layak dah nak pakai gelaran Huguan Siou tu dah...


Dia ingat bila dia berpakat dengan Misuari dan Kiram supaya "attack" Sabah orang akan marah kerajaan ke? HOIII...benda dah kantoi bahhhh!! sekarang orang udah sebut "mahu sokong ini Anwar lagikah bah?"

Sebelum ni duk berulang alik sabah..sekarang dah takde dah..Kehkeh..patut la dia umum bertanding permatang pauh..rupa-rupa dah tau dah dia takde sokongan orang Sabah dah..hahaha...#LAINKALILAH

Kepada orang Sabah teruskan lah menyokong kerajaan sedia ada iaitu Barisan Nasional! #BN4Malaysia #TolakPR

Dedah!! Anwar 1st Time Bertanding Atas Tiket PKR Untuk PRU Kali Ini!!


Ya..Buat pertama kalinya Anwar bertanding atas tiket PKR untuk Pilihanraya Umum!! Yang mana sebelum ini bertanding atas tiket Barisan Nasional..sebelum ini Anwar menang dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008 yang mana Kak Jijah memberi laluan kat lakinya yang gila jawatan sangat.


Heh! Masa Piliharaya Kecil dulu boleh la menang sebab semua jentera boleh dikerah pergi ke satu kawasan..sekarang ni Pilhanraya Umum la der...

kalo yakin boleh menang permatang pauh asal tak declare awal-awal...sebab tak yakin boleh menang ke??

Wednesday, 3 April 2013

27 April 2013 Dah Boleh Start Mengundi?!!!


Parlimen sudah dibubarkan secara rasminya. Yang ditunggu sekarang adalah tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian. Itu akan ditetapkan oleh SPR.

Namun begitu sudah ada congak congak tarikh, bila dua tarikh penting tersebut akan diadakan.

Jadual di atas adalah tarikh tarikh penting pada PRU yang lepas. PRU11 dan PRU12 hari pengundian jatuh pada hari Sabtu.

Hari penamaan calon pada PRU11 diadakan pada hari (13 Mac 2004) Sabtu tetapi pada PRU12 diadakan pada hari (24 Februari 2008) Ahad.

Tempoh tarikh bubar dengan hari mengundi pada PRU11 adalah 18 hari. Kemudian pada PRU12 adalah 24 hari. Bagaimana pula dengan PRU13?

Dijangkakan paling awal PRU13 boleh diadakan seperti tarikh berikut:

Hari penamaan calon pada : 14 April 2013 (Ahad)
Hari pengundian pada : 27 April 2013 (Sabtu)

Thursday, 28 March 2013

Pendedahan Video Eksklusif!! Puak-Puak PAS Yang BACUL!! #MEMALI


Perghhh!! Dasat betul la cai-cai PAS ni..Dulu Kini SAMA SAJA! Memang style orang PAS ni guna anak-anak kecil /kaum hawa jadi benteng perisai barisan hadapan...mana jantan-jantan PAS ni sume?dah jadi bacul??

part yang kelakar ade sorang pakcik dalam video ni ingat dia kebal sangat duduk tgh2 hujan peluru...adoi kalo kene peluru kan ke dah mati katak pak cik oii..bukan mati syahid dah tu!!

Kalo lu orang belum tau Isu Memali ni apa...Memali ni merupakan salah satu projek PAS yang menggunakan pengikutnya untuk berjuang secara jihad menentang UMNO/BN yang diketuai oleh Ibrahim Libya..

Apa yang pasti dorang ni berjuang bukan atas perjuangan untuk menegakkan Islam di negara ini tapi berjuang hanya untuk kepentingan orang-orang politik parti pembangkang.. Akibat terlalu ghairah untuk merampas tampuk pemerintahan negara orang-orang sebegini sanggup melakukan apa sahaja.. 

Ibrahim Libya menyifatkan barang siapa yang mempunyai hubungan dengan orang UMNO/BN maka mereka adalah KAFIR..hello lu sapa mau kafirkan orang ni!! Sebab dia kata orang UMNO/BN ni KAFIR sebab UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah..

Kalau camtu AMANAT HAJI HADI AWANG TAHUN 80'AN sekaligus telah mengKAFIRkan orang-orang PAS sekarang ni sebab korang kan berpakat dengan orang-orang kapir..hahahaha!!!

Ada lagi pendedahan yang akan dibuat..nantikan video PART 2 yang menunjukkan aksi-aksi pelampau MEMALI menyerang anggota POLIS..

Sapa yang nak tengok dan memahami tentang isu memali ni boleh rujuk disini(klik) 

Manusia Bertopengkan Syaitan!!?? #TolakPR


Manusia pelbagai wajah!! Siapa? ya.. lain xbukan ANUWAR IBRAHIM!! inilah wajah perosak negara yang bermuka-muka! nantikan kejutan anwar menjelang pru13 yang mana dia ni akan menukar persepsi penyokong-penyokong atau pun cai-cai dia yang dh xyakin dengan dia ni untuk kembali kepada jalan kemungkaran dia ni! Nak sangat jadi PM sampai guna kuasa luar untuk campur tangan dalam hal negara!


Weyh Anuwar!! Kat Lahad Datu tu dah banyak dah perwira negara yang terkorban sebabkan game plan korang yang cuba huru-hara kan negara ni!! Makin nak dekat PRU13 ni makin banyak kekecohan yang dibuat!