Wednesday, 4 September 2013

24 Gambar Neelofa Sambut Merdeka Kat LONDON!!


Kalau bercakap tentang kisah peribadi Neelofa, memang tidak akan terlepas kisah hubungan beliau dengan Hans Isaac yang sebenarnya kini masih menjadi tanda tanya para peminat. Namun sejak kebelakangan ini, memang agak terasa yang peminat sendiri sudah ramai mendiamkan dari terus berbicara tentang hubungan mereka dan perkembangan ini di’anggap Neelofa sebagai sesuatu yang positif untuk karier beliau.

“Jika bandingkan dengan dulu, sekarang orang dah kurang bercakap mengenai kami. Lagipun kami berdua tidak terlalu menonjolkan diri bersama atau menunjuk gambar bersama atau ke mana-mana bersama sama”

“Jadi lama kelamaan tidak ada isu yang perlu dimainkan lagi dan semua akhirnya akan diam juga,” ujar Neelofa kepada Sinar Harian, semalam. Tapi bagi Lofa sekarang fokus Lofa adalah pada kerjaya dan suatu hari nanti jika Lofa bersedia, barulah Lofa akan ke langkah seterusnya,” kenyataan Neelofa yang kami kurang faham — langkah seterusnya dalam percintaan dengan Hans Isaac? Heh.

Dalam perkembangan berkaitan, Neelofa baru sahaja menghabiskan percutian ke London selama lima hari sejak Khamis yang lalu dan mari kita tatap gambar selebriti ini menikmati masa rehatnya di tanah Eropah sana.



















HOT! @NajibRazak Berlakon Drama


KUALA LUMPUR – Bersempena dengan kemerdekaan yang ke-56, Bernama Radio24 (BR24) milik pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bakal menampilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam drama khas kemerdekaan bertajuk ‘Ikrar Perwira’ hasil tulisan dan arahan Nizuan Hanaffi.

Drama ini berdasarkan peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Drama ini turut dilakonkan oleh Man Raja Lawak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim, juara Raja Lawak musim kelima.

“Tidak mudah mendapatkan perdana menteri untuk berlakon tetapi kami berjaya melakukannya,” kata Azlan Idris, Ketua Pegawai Operasi BR24 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena Ulang Tahun ke-6 stesen itu.

“Datuk Seri Najib juga menunjukkan komitmen tinggi walaupun tidak pernah berlakon drama radio atau televisyen sebelum ini.

“Beliau melakonkan peranannya pada sekali cubaan tanpa ulangan,” katanya.

Dalam tempoh setahun ini, BR24 telah memperkenalkan beberapa program baru bagi memperkukuh penjenamaannya sebagai stesen yang membawakan ‘Berita Pantas, Info Berterusan’.

“Program ‘Dalam Radar’ semakin menyerlah dengan penampilan tetamu kategori ‘A’ yang terdiri daripada pemimpin kerajaan, badan bukan kerajaan dan industri,” kata Azlan.

Katanya antara yang pernah muncul adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, datuk Seri Mohd Syafie Apdal. – Sinar Harian

Tuesday, 3 September 2013

ROS Lulus 20 Parti Politik Baru


PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Isnin mengumumkan nama 20 parti politik baru yang diluluskan pertubuhan itu berkuatkuasa 28 Ogos lalu.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada jumlah itu, 11 parti politik dari Sabah, Sarawak (5) dan Semenanjung Malaysia (4).

Beliau berkata, pihaknya meluluskannya setelah meneliti dan berpuas hati dengan permohonan selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan telah menjalanitapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Ini merupakan 'hadiah' daripada pihak kerajaan untuk hak berpersatuan.

"Kita harap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pendaftaran kepada 20 parti politik baru yang diluluskan ROS di ibu pejabatnya di sini, Isnin.

Beliau menjelaskan, masa yang lama diambil untuk meluluskan permohonan mereka yang tertangguh sejak tahun 2008 kerana mahu memperhalusi dan meneliti keupayaan sesebuah pertubuhan parti.

Katanya, ada juga permohonan yang tidak diluluskan dan perlu ditolak kerana dasar perlembagaan yang tidak teratur dan permohonan tak lengkap.

"Masa depan sesebuah negara bergantung kepada pertubuhan parti ini. Oleh itu, kita kena betul-betul menilai sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab," katanya.

Parti politik daripada Semenanjung:

1) Parti Keadilan India Malaysia (MIJP).

2) Parti Generasi Baru (NewGen Party).

3) Parti Nasional Malaysia (MNP).

4) Parti Nasional Penduduk Malaysia (People's National Party of Malaysia).

Parti politik Sabah:

5) Parti Kebangsaan Sabah (PKS).

6) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru.

7) Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA).

8) Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN).

9) Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN).

10) Parti Bersatu Bugis Sabah.

11) Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS).

12) Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party.

13) Parti Cinta Sabah (PCS).

14) Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU).

15) Parti Damai Sabah (PARTI SPP).

Parti politik Sarawak:

16) Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

17) Parti Bumi Kenyalang (PBK).

18) Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS BARU).

19) Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB).

20) Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai / People's Alliance For Justice of Peace (Peace Party-Sarawak).

- mstar

Monday, 2 September 2013

Harga Minyak Naik 20 Sen! @NajibRazak @TunFaisal


Rasenya ramai yang dah dengar khabar-khabar mengatakan minyak naik 20 sen start malam ni! Gua pun macam xcaya jugak bila dipikir-pikirkan..Apasal tiba-tiba naik 20 sen kan?

Jadi gua pun mendapatkan pandangan sebab gua bukanlah orang yang bijaksana macam lu orang..So gua pun call Exco Pergerakan Pemuda UMNO; Tun Faisal Ismail Aziz untuk menyekolahkan gua yang xbape paham ni..kehkehkeh

"Harga minyak ikut pasaran dunia. No way kita boleh kawal utk brgn mcm ni. Byk barangan yg harganya bukan dlm kawalan kita. Yg kita boleh buat:
1. Subsidi
2. Rationalise subsidi yg diberi supaya targetted kpd golongan sasar
3. Squeeze pembekal & persatuan pengimport/pengilang, etc
4. Tingkatkan pendapatan rakyat.

Dlm kes petrol, subsidi yg diberi lebih untungkan pengguna yang kaya dr rakyat berpendatan rendah. Cth klu ada mamat ni pakai kereta 4.0 cc , berbanding rakyat yg pakai motor, subsidi sebenarnya lebih byk kpd mamat tuh berbanding rakyat yg pakai motor.

Asasnya sama - yg pakai kereta besar - Penggunaan petrol lebih tinggi; rakyat yg berpendapatan RM3000 ke bawah tak mungkin guna lebih byk petrol dr yg guna kereta-kereta besar ni. Kerajaan bg balik dlm bentuk cash via BRIM dan lain-lain.

Rakyat berpendapatan rendah guna petrol tp x byk mcm kita. Mcm mereka guna gula & tepung juga. Mcm mana nak elak subsidi org yg guna jauh lebih byk dr mereka dan beri subsidi sebenar kpd yg layak?

Skrg ni pun subsidi gula kita yg byk guna kedai2 dan restoran2. Starbuck ttp harga mahal wlupun dpt subsidi gula mcm kita.

So mcm mana nak rationalisekan subsidi supaya sedara mara yg miskin dan berpendapatan rendah di kampung tu yg betul-betul dpt? Salah 1 caranya, bg cash atau rebate..

Klu boleh mmg kita nak semua benda murah & free. Tp dlm keadaan harga barang kat dunia yg tak terkawal no way kita mampu subsidikan byk benda.

Eventually semua barang akan naik harga sbb no way kita boleh kawal harga barang di dunia global. Sebab itu kerajaan kena cari jln tingkatkan pendapatan rakyat. Subsidi ni hanya cara lama utk kawal inflasi. It works masa ekonomi tertutup.

Bila ekonomi dah terbuka, dah tak boleh kawal dah. Skrg ni boleh la Felda beli kilang gula. Tapi kalau semua negara keliling kita dah naik harga mcm2 benda, agak2 kos maintenance kilang gula x naik juga ke?
Saya berani ckp, menilai kpd perkembangan kenaikan gaji dan sara hidup termasuk di China, siapa pun yg perintah negara ni tak boleh bertahan.

Terpulanglah klu rasa nak tukar kerajaan sbb harga minyak, akhirnya saya yakin kita akan dpt kerajaan yg tetap akan naikkan harga minyak minus perjuangan agama & bangsa"..

Begitulah pandangan Tun Faisal Ismail Aziz..bukan main panjang daa..nak tunggu gua pikir ayat mau harga minyak turun balik pun gua xdapat pikir idea..kehkehkeh




BIADAP!! Macam Ni Sambutan Kemerdekaan Di Penang?!!


Lain macam pulak sambutan kemerdekaan yang di sambut oleh beberapa kerat masyarakat di Penang.

Sebelum ini ada pendedahan dari sebuah blog yang mengatakan kerajaan DAP telah memboikot sambutan pra kemerdekaan pada malam 30 Ogos.

Blog tersebut juga memaparkan beberapa keping gambar yang memperlihatkan kawasan Padang Kota yang lengang tanpa apa-apa acara.

Tapi, menurut page Analisis Politik Terkini, sekeping gambar yang mereka perolehi menunjukkan, sebenarnya ada sambutan kemerdekaan yang dibuat di Pulau Pinang.

Namun begitu, ia diadakan secara tertutup di sebuah kelab malam di sana.

Dan sambutannya agak lain daripada lain...



Running Man Datang Malaysia Bulan September NI..Peminat Jangan Nak Terjerit-Jerit Sangat!



Siapa tak kenal dengan Running Man, sebuah variety show yang semakin popular di Korea dan di seluruh dunia. Sejak rancangan ini bermula pada tahun 2010, dari episod ke episod peminat rancangan ini semakin bertambah dan ianya bukan setakat berkembang di Korea sahaja malah berkembang pesat diseluruh dunia terutamanya di negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Singapore, Indonesia dan Malaysia.

Apa yang paling dinantikan adalah kehadiran para peserta Running Man ke Malaysia. Kim Jong Kok akan ke Malaysia beberapa minggu lagi dalam promosi albumnya di Malaysia dan bukanlah kerana Running Man. Biarpun itu sudah mengubati rasa gelisah di hati penggemar rancangan ini, ramai yang bertanya dan tak sabar nak beramah-mesra dengan peserta kegemearan mereka secara terus!

Berita baik kerana kemungkinan Running Man akan datang ke Malaysia sekitar bulan September 2013 ini apapun ianya masih belum diumumkan secara rasmi. Apapun kehadiran mereka di Malaysia bukanlah untuk merakamkan salah satu episod baru untuk siri Running Man tetapi sekadar untuk BERTEMU PEMINAT mereka di Malaysia! Itu pun dah cukup awesome bukan?! Tapi sedikit mengecewakan apabila produksi mereka telah mengesahkan ketidakhadiran Song Ji Hyo kerana jadualnya yang padat.



Apapun kalau nak Running Man datang buat rakaman ke Malaysia, kami dimaklumkan perlu ada tindakan dari Kementerian Pelancongan negara ini sendiri untuk menjemput mereka dan baru mereka akan datang untuk membuat penggambaran jika semua perbincangan berjalan lancar. Bagi kami ianya salah satu cara terbaik untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia melalui rancangan seperti Running Man ini. Kementerian Pelancongan, bolehlah take note dan berfikir lebih kreatif lagi. Heh!

Psst! Dalam ramai-ramai ahli Running Man, siapa yang paling korang suka?

Monday, 26 August 2013

Musim Pemilihan UMNO.. PEJUANG @ PEJU'WANG' menjadi pilihan ramai?


Cerita pasal pemilihan UMNO ni buat gua rasa nak update blog je tetibe..hmm..mungkin ada sumthing dalam pale otak gua yang merunsingkan gua..kalau lu orang pandai teka la ape yang bermain dalam pale otak gua..

Kalau lu orang tau gua nak story sikit pasal pemilihan Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebab gua pun pemuda gak beb..lu orang jangan ingat gua ni dah tua ok! Ok la first of all seperti yang rancak & hangat di perkatakan calon-calon yang sibuk berkempen setakat ni gua nampak Lokman Adam & Khairul Azwan..

Sebab apa gua sentuh pasal 2 orang ni? sebab kan gua dah kata apa yang gua nampak je la! HAHAHA!! Ok la gua story sikit..walaupun ada calon-calon lain yang bertanding setakat ni gua nampak 2 orang ni je la yang tengah hangat berkempen untuk merebut kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia..

Setakat yang gua tau Lokman memang dikenali ramai menerusi unit pidatonye yang mana sebelum ni masa sebelum PRU lagi ramai dah orang kenal dia menerusi jelajah-jelajah dan ceramah beliau..dulu sibuk berkempen untuk parti..sekarang sibuk kempen diri sendiri lak..ape pun tahniah la sebab berusaha mendekati akar umbi sampai ke peringkat tertinggi bahagian dari ape yang gua perati kat lu punye instagram/facebook/tweeter..tapi jangan lupa bro..orang ingat lagi kes bakar bendera UMNO satu ketika dahulu..

Ok gua nak story pasal Khairul Azwan lak..dia ni seorang usahawan yang boleh dikatakan hampir jutawan gak la dari sumber2 yang gua dapat.. yang gua dengar citer dia ni lama menyepi..ape cer?dekat dengan musim pemilihan baru nak nampak muke? dekat bahagian Pasir Salak pun gua dengar cam tido je? dengan jawatan KETUA PEMUDA UMNO NEGERI PERAK apa yang lu dah buat untuk lu punya pemuda? Akademi Pemuda pun gua dengar macam xjalan je..report yang gua dapat setakat ni Khairul Azwan telah pun buat road tour satu Malaya ni mendekati bahagian-bahagian dengan membawa nama dengan "restu seseorang" bertanding kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia..

Calon-calon yang lain tu gua xnak story lagi sebab dorang ni macam xnak kempen je..tarikh pemilihan dah dekat..ape kempen xjalan lagi..nak tunggu sampai bile? sampai lu punya telur ada goyang baru mau tunjuk belang ka..kepada semua calon-calon gua nasihatkan JANGAN SELESA SANGAT DENGAN LU PUNYA KEDUDUKAN!..bila-bila masa saja undi yang dikatakan solid boleh hilang camtu je..

Berkaitan Tajuk diatas lu orang pikir la mana satu yang Pejuang @ Peju'Wang'...