Sunday, 27 October 2013

Penyokong Pembangkang Jangan Kurang Ajar!! - Zahida #PRKSgLimau @ahmadmaslan @tunfaisal




Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarikh Khan mengingatkan jentera Puteri supaya berkempen secara berhemah sepanjang kempen pilihanraya di sini. Beliau juga menasihatkan para jentera Puteri bergerak secara kumpulan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Zahida berkata demikian ketika ditemuramah oleh pemberita selepas merasmikan acara sukaneka bersama penduduk di Sungai Dedap anjuran Pegerakan Puteri UMNO Malaysia.

Menurutnya, tindakan provokasi oleh pihak pembangkang menggangu jentera Puteri ketika berkempen adalah tindakan kurang bijak.

“Provokasi dan gangguan oleh penyokong pembangkang tidak dapat melunturkan semangat dan moral kami. Kami akan sentiasa bertemu dengan rakyat bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau”, katanya.

Ini adalah kali pertama jentera Pergerakan Puteri UMNO Malaysia turun padang membantu kempen BN selepas pemilihan UMNO yang lalu. Puteri akan melaksanakan beberapa program bagi memfokuskan 5,600 pengundi muda di Sungai Limau.

Fathul Bari Gesa Penduduk Tempatan Amal Politik Perpaduan #PRKSgLimau @ahmadmaslan @TunFaisal




Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa penduduk tempatan mengimarahkan masjid ketika memberi tazkirah sempena acara sukaneka dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di PDM Sungai Dedap, Sungai Limau, hari ini di sini.

Beliau menggesa penduduk tempatan supaya mengamalkan politik perpaduan seperti tuntutan Islam walaupun parti politik bertanding sedang sibuk berkempen.

Dr. Fathul Bari mengegaskan, perbezaan ideologi politik sepatutnya tidak merosakkan hubungan dan ukhwah di kalangan penduduk setempat.

“Perbuatan memboikot majlis kematian dan kenduri kerana berbeza pandangan politik adalah tidak wajar.
“Berpolitik ada nilai-nilai dan batas-batas syariah yang perlu kita patuhi. Kerana itu, politik perpaduan adalah penting bagi menjaga kepentingan rakyat di sini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya para pengundi memilih calon Barisan Nasional (BN), Prof.Dr. Ahmad Sohaimi Lazim pada 4 November ini demi perubahan di Sungai Limau.

Turut hadir di program sukaneka ,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarikh Khan dan calon BN, Prof.  Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. 

Thursday, 26 September 2013

Al-Fatihah! Ustaz Azizan Meninggal Dunia


ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sultanah Bahiyah, Alor Setar jam 11.15 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Muhkriz Mahathir. -BH

Thursday, 19 September 2013

Dah Kena Fitnah?Ada Pihak Sudah Goyang? #bersihkanUMNO


Hangat! Hangat! Musim pemilhan UMNO 2013 yang HANGAT sekali! Sebab apa gua cakap hangat? Lu orang tengok sendiri la gambar kat atas tu..gambar tu sendiri dah boleh cerita apa yang berlaku..

Ok la kalau lu orang tak faham gua explain kat uolls about this situation..

Apa yang gua cuba sampaikan ialah tak perlu lah kita menabur fitnah hingga mengaibkan mana-mana pihak masa musim pemilihan ni..kesian akak kat atas tu yang bernama Raihan Sulaiman Palestine yang juga bertanding sebagai calon Ketua Wanita UMNO bersaing dengan Kak Jat

Ada pihak sudah goyang?

Pihak yang dikatakan goyang itu tak perlulah gua sebut sendiri paham sudah..macam mana tak goyang beb sekarang pun dah goyah tup tup ada pulak yang umum bertanding Ketua Wanita..hurm strategi kena bijak ye..

Ada masa perlu mengundur diri, kita undur..tapi jangan undur bila mana situasi itu melibatkan perjuangan Melayu itu sendiri..berjuang habis-habisan

Begitulah jua di bahagian-bahagian jangan dengar cakap orang pasal benda buruk, kaji selidik dulu mana hujung pangkal sebelum nak menghentam keromo orang je..tak pasal-pasal calon dapat nama buruk sebab orang buat mulut! #bersihkanUMNO

HANGAT!! Seorang Ahli Politik Dipukul Orang Kampung!!


Memalukan dan tidak siuman!

Mungkin itulah perkataan yang sesuai dilemparkan kepada seorang ahli politik di India, Parti Pemerintah Kongres Assam, Bikram Singh Brahma.

Awal minggu lalu, Brahma telah melawat penduduk-penduduk di kampung Santipur di daerah Chirang Assam sebagai tanda prihatin seorang pemerintah kepada penduduk di kampung itu.

Namun, pada jam 2 pagi, Brahma telah masuk ke dalam sebuah rumah seorang gadis dan merogol gadis tersebut.

“Penduduk kampung telah menyembunyikan penggera malam semalam selepas Brahma didapati bersalah merogol gadis itu,” kata Superitendan Polis Chirang, Kumar Sanjeev Krishna.


Akibatnya, Brahma telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan dipukul oleh penduduk kampung Santipur.

Selain itu, mereka memarahi Brahma dengan menjerit kepada ahli politik itu selain menanggalkan pakaian yang dipakai oleh Brahma.

Brahma telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut kes tersebut.

Kes Brahma yang berjawatan tinggi dalam negeri itu adalah satu kes yang mengejutkan selepas kes lima lelaki merogol seorang pelajar yang berusia 23 tahun hingga mati pada Disember tahun lalu.

Tuesday, 17 September 2013

Anuwar Ibrahim Sedih Hajat Tak Kesampaian!


Pemergian pemimpin Parti Komunis Malaya ini pastinya menyedihkan buat Anuwar Ibrahim yang mahukan kepulangannya semula di Malaysia ini namun mendapat tentangan hebat terutama dari rakyat kerana tidak mahukan pemimpin Komunis ini menjejakkan kakinya semula di Tanah Melayu ini!

Kalau rakyat sendiri tak mahukan Komunis ini menjejakkan kakinya semula di tanah air ini mengapa Anuwar Ibrahim sibuk-sibuk nak dia pulang? Rakyat negara mana dia ni? Dah lupa ke berapa ramai anggota-anggota keselamatan kita dibunuh dan terkorban?

Kesimpulannya sekali dibuang sampai bila-bila hidup dalam buangan!

Wednesday, 11 September 2013

Genap 12 Tahun Runtuhnya World Trade Centre: Diserang Atau Kospirasi Terancang?


Peristiwa runtuhnya banggunan gah World Trade Centre itu sudah pun berlalu 12 tahun lamanya. Presiden Amerika Syarikat bahkan sudah menyatakan yang Al Qaeda berada di balik serangan menara kembar WTC, 11 September, 12 tahun lalu. Meskipun begitu, setidaknya masih ada lima teori konspirasi yang jadi perdebatan ramai di komunti-komuniti online. Antara 5 topik yang hangat diperdebatkan:

1. Gagal Mengesan Pesawat
    Mengapa angkatan udara terkuat di dunia gagal mengesan empat pesawat yang dirampas?

Teori konspirasi mengatakan wakil presiden Dick Cheney memerintahkan pihak tentera diam dan tidak       menghalang pesawat itu.

2. Runtuhnya Menara Kembar
Mengapa Menara Kembar runtuh begitu cepat di atas landasannya setelah kebakaran di beberapa lantai yang hanya satu atau dua jam?

Teori konspirasi mengatakan Menara Kembar dirobohkan oleh penghancuran yang dikendali. Teori-teori ini berkaitan dengan cepatnya runtuhan (sekitar 10 saat), kebakaran pendek (56 minit di WTC 2 dan 102 minit di WTC 1), laporan-laporan suara "its gonna blow! sesaat sebelum runtuhan, dan tekanan yang dapat dilihat dari beberapa jendela di banyak lantai bawah.

3. Serangan terhadap Pentagon
Bagaimana pilot amatur menerbangkan pesawat komersial dengan kawalan kompleks merempuh markas besar tentera paling kuat di dunia, 78 minit setelah laporan pertama kemungkinan perampasan pesawat, dan tak meninggalkan jejak?

Teori konspirasi mengatakan pesawat komersial Boeing 757 tidak merempuh menara, tapi dilakukan sebuah peluru berpandu, pesawat kecil, atau pesawat tanpa pemandu.

4. Pesawat Keempat United Airlines 93
Mengapa tempat pesawat jatuh di Shanksville, Pennsylvania, begitu kecil dan mengapa pesawat itu menjunam jatuh tidak terlihat?

Teori konspirasi mengatakan pesawat United Airlines 93 ditembak jatuh oleh peluru berpandu dan hancur di udara, cebisan berserakan di area yang luas. Selain itu, tentera tidak pernah memberikan perintah kepada angkatan udara untuk menembak pesawat komersial.

5. Runtuhnya WTC Menara 7
Bagaimana sebuah banggunan pencakar langit yang tidak dilanggar pesawat roboh begitu cepat dan simetris, padahal tak ada pencakar langit berangka baja yang runtuh kerana api?Pejabat bantuan darurat, CIA, dan Secret Service berpejabat di World Trade Center Building 7.

Teori konspirasi mengatakan World Trade Center Building 7 dirobohkan oleh penghancuran terkendali dengan menggunakan bahan peledak dan bom.

Namun begitu ramai mengatakan bahawa ini salah satu helah untuk mendapatkan bahan mentah dan memperluaskan radius ketenteraan Amerika di Afghanistan.

Osama bin Laden yang diperkatakan pengganas yang bertanggungjawab atas serangan WTC itu dikatakan merupakan seorang anak didik CIA. Secara automatiknya imej umat Islam pada ketika itu tercalar dan dikecam sebagai pengganas.

Sampai ke hari ini tiada siapa pernah melihat mayat Osama Bin Laden yang kononnya ditembak mati oleh komando-komando tentera amerika. Jika benar mati kenapa tidak ditunjukkan secara meluas di seluruh dunia mayatnya? (SELANJUTNYA DISINI)