Ada maklumat yang sampai ke telinga kawan aku menceritakan tentang terdapatnya penganjuran kelas-kelas tuisyen yang dianjurkan oleh pihak gereja dan turut melibatkan pelajar-pelajar Melayu Islam.Sejauh mana kesahihan maklumat ini tidak dapat dipastikan namun gambar diatas menceritakan segalanya.
Kawan aku sendiri kurang pasti apa sebenarnya yang berlaku mungkin hasil dari keberanian YB Nurul Izzah menyatakan orang Melayu Islam bebas memilih agama masing-masing.
Muslimah-mulimah yang termakan kata itu kini berani berkumpul di dalam gereja mendengar ceramah.
Terdapat sumber mengatakan perkara ini berlaku di Ipoh, Sabah, Selangor dan pelbagai lagi spekulasi. Wallahualam .Tapi yang pasti, benda ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja.
Hasil kedengkelan, serta didikan pembangkang yang membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku.
Moga pihak berkuasa dapat segera menyelesaikan masalah ini sepantas yang mungkin.(sumber)
Seorang blogger Pakatan Haram yang agak popular dikalangan pemfitnah tegar Pakatan telah ditangkap khalwat bersama isteri orang semalam. Kononnya dia ni seorang blogger yang hebat fitnahnya. Sekali dia fitnah boleh gegar satu Malaysia.
Dia di tangkap berhampiran rumahnya (kawasan gelap) apabila berdua-duaan bersama seorang perempuan didalam kereta, keadaan yang mencurigakan. Kejadian berlaku di Permatang Pauh. Setelah disoal siasat, perempuan terbabit adalah isteri orang.
Semasa kedatangan pihak berkuasa, kedua-dua pasangan berada didalam yang begitu mengaibkan. Mengikut laporan, punya la asyik 'bersama' hingga tidak sedar kelakuan 'aib' mereka tu sedang diperhati dan dirakam.
Identiti blogger terbabit terbongkar apabila banyak alatan media, gajet dan pas majlis didalam keretanya. Setelah disoal siasat, pemuda terbabit mengaku dirinya memiliki blog Anak Sungai Derhaka atau URLnya http://darisungaiderhaka.blogspot.com
Pemuda yang mengaku blogger terbabit cuba menghubungi seorang 'VVIP' untuk meminta bantuan, namun handphonenya dirampas dan dibawa ke balai.
VVIP yang dia cuba hubungi itu, merupakan MP Permatang Pauh, pejuang LGBT, juga mempunyai video lucah bersama 'pelacur china' yang tersebar baru-baru ini. - sumber - Haramkahdaily.net
Biasa la, puak Pakatan haram ni, memang suka sapu bini orang. Janda dan anak dara ada, dia taknak, bini orang juga yang depa sapu. Dosa pahala tolak tepi, apa yang penting 'sedap'..selanjutnya
Satu iklan pendek dari IKEA telah membuatkan mak nyah di Thailand marah dan kecil hati dengan iklan tersebut. Video ini memaparkan seorang lelaki Thai bersama teman wanita beliau sedang membeli-belah di sebuah pusat perabot. Teman wanitanya kemudian terlihat bantal yang dijual dengan harga murah, dan tiba-tiba, suara lembut wanita tersebut berubah menjadi garau seperti lelaki.
Terkejut dan takut, teman lelaki wanita tersebut tidak berapa lama kemudian melarikan diri. Senario itu adalah sebahagian iklan dikenali sebagai Luem Aeb (Lupa Untuk Menipu) yang dikeluarkan oleh Ikea Thailand yang menyebabkan kumpulan transgender negara itu marah serta menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘negatif dan stereotaip’ selain telah melanggar hak asasi manusia.
Kumpulan berkenaan telah menulis surat bantahan kepada syarikat gergasi di Sweden tersebut. Menurut Thai Transgender Alliance, iklan yang disiarkan selama 20 saat yang dapat dilihat di YouTube dan di dalam keretapi-keretapi di Bangkok dari Disember hingga Januari lalu nyata tidak menghormati kumpulan transeksual dan kumpulan tersebut mahukan penjelasan dari pihak Ikea.
Golongan transgender, atau popular dengan gelaran Ladyboy, adalah golongan yang diterima baik di Thailand dan golongan itu sering dapat dilihat dalam bidang-bidang seperti fesyen, kecantikan dan hiburan, walaupun secara rasminya mereka tidak diiktiraf sebagai wanita.
Pihak pemasaran Ikea Thailand berkata, pihak mereka telah memberikan respon terhadap aduan tersebut.
“Ikea telah menjawab aduan yang dikeluarkan oleh kumpulan tersebut melalui panggilan telefon dan segalanya berjalan lancar. Kami kini sedang menyiapkan surat untuk menjawab aduan tersebut,” kata pegawai pemasaran Ikea yang enggan dikenali kepada pihak media. Sumber
Di China, terdapat sebuah kota bernama Xinjian. Di bandar ini, ada kawasan terbengkalai yang disebut "Moguicheng" atau bandar iblis (Devils 'Town). Disana ada beberapa istana / istana kuno yang misteri.
Namun kewujudan istana inilah yang menjadi daya tarikan bagi para pengunjung untuk tidak melepaskan pengalaman unik di kawasan penuh misteri ini, dengan segala fenomena aneh yang lain. Daya tarik utama dari kawasan Moguichang ini tidak terletak pada daerah atau keindahan alamnya, akan tetapi tentang misteri yang ada di sana, yang telah dikenal dari masa ke masa hampir beribu-ribu tahun yang lalu
Jika anda berkunjung ke sana dihari panas dan cerah, dan dengan adanya sedikit hembusan angin sepoi2, anda akan mendengar irama yang sangat aneh dan misteri. Suara aneh yang tidak jelas darimana asalanya. Anda akan mendengar ritma manis, seperti 10 juta loceng kecil atau 10 juta gitar bermain bersama dengan indahya.
Namun ketika badai datang, pasir berterbangan ke langit dan seketika langit menjadi gelap, alunan melodi itu akan berubah menjadi suara ngauman harimau, jerit tangis bayi, suara haiwan yang sedang disembelih, jeritan wanita tenat dan pada akhirnya semua akan berubah menjadi suara teriakan, tangis, dan kemarahan. Misteri suara - suara ini masih belum dapat dipecahkan.
Siapa yang membuat dan kenapa? semuanya masih misteri. Pintu Neraka ini ditutup rapat - rapat bagi manusia. "Pintu" ini terletak dipegunungan Kunlun China. Di pintu neraka ini terdapat Lembah Kematian. Disini banyak ditemukan sisa - sisa rambut haiwan, tulang-tulang, kerangka serigala, kerangka beruang, kerangka manusia, dan beberapa kuburan api jika angin kencang mendekat, maka suara yang timbul akan bagaikan raungan singa, tangis bayi atau lolongan serigala.
Sampai saat ini, fenomena ini tetap jadi misteri. Tidak ada yang menguak misteri apa sebenarnya yang menyebabkan terdengarnya suara yang demikian. Mitos yang mengatakan bahawa mereka adalah suara dari hantu. Banyak para ahli cuba untuk meneliti tentang suara, namun mereka masih tidak dijumpai. Namun walaupun sedikit menakutkan, tempat ini masih merupakan salah satu tempat yang paling menarik untuk dikunjungi di hari cuti.
Walaupun pelakon lelaki, Arash Mohamad sebelum ini tidak lantang bersuara dan hanya memberikan fokus kepada dunia lakonannya sahaja, tetapi tidak kali ini.
Arash baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataannya ‘sakit hati’ terhadap artis kontroversi, Azwan Ali yang mempunyai mulut laser dalam program Propaganza melalui Segmen Katanya yang dikendalikan oleh Azwan Ali atau Baby AA.
Kata Arash, tindakan Azwan Ali yang menjaja cerita artis-artis tempatan sendiri adalah satu tindakan yang menghina penggiat seni tanah air.
Malah, ia juga menjatuhkan maruah artis-artis tempatan yang mencari makan dalam industri seni Malaysia.
“Saya akui bukan semua artis itu baik tapi ramai juga yang akal pemikiran mereka tinggi. Tapi jangan la engkau nak jaja kisah–kisah artis dengan cara melalak guna loudhailer ditempat awam.
“Dah tu dengan pelancong asing sekali engkau babitkan sama, melampau sangat caranya. Tak ke menjatuhkan maruah artis,” kata Arash yang dipetik dari portal Buahmulut.com.
Bagi Arash, dia mengerti pekerjaan sesetengah artis yang bekerja dalam skop gosip dan menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelakon dan pengacara lelaki kontroversi tersebut.
Pun begitu, cara yang digunakan oleh Azwan Ali itu tidak kena dengan budaya masyarakat di Malaysia.
“Kita cukup faham artis ni memang dijadikan bahan gosip untuk keuntungan dan hiburan sesetengah pihak. Tapi bila caranya macam tu dengan gaya penampilanya macam itu, memang tak boleh diterima langsung.
“Saya sebenarnya tak ada apa-apa masalah peribadi dengan Azwan Ali dan saya tahu peribadinya macam tu. Cuma cara dia dalam segmen tersebut bagi saya memang salah dan terlalu melampau,” katanya.
Justeru, Arash nekad menyuarakan pendapatnya mengenai cara dan sikap Azwan Ali walaupun tidak ramai yang berani bersuara membangkang setiap tindak-tanduk Azwan Ali.
Kata Arash, dia lantang bersuara kali ini bukan untuk meraih populariti. Selanjutnya
Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud:
“Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”
Tiada perselisihan tentang hukum boleh berkahwin dengan mereka, cuma para ulama berselisih pandangan tentang hukum boleh tersebut. Ada yang mengatakan boleh tetapi makruh seperti pandangan mazhab Syafie dan Hanbali. Ada yang mengatakan harus (boleh), seperti pandangan mazhab Maliki dan ada yang mengatakan sunat seperti pandangan mazhab Zahiri.
Pendapat kedua (yang mengatakan hukum berkahwin dengan mereka boleh atau harus) lebih rajih (kuat) berdasarkan dalil-dalil berikut:
1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”
2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).
Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.
Mungkin ada yang mengatakan perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu akan menyebabkan berlaku kecacatan pada anak yang bakal dilahirkan. Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8 peratus sahaja bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5 peratus sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat.
Kajian-kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa tidaklah boleh untuk menghalang daripada berlakunya perkahwinan di kalangan keluarga terdekat, sebaliknya mereka hendaklah dinasihatkan menjalankan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengenal pasti penyakit yang mungkin diperolehi oleh anak yang bakal dilahirkan. Tambahan pula, perkahwinan di antara keluarga terdekat juga turut mempunyai sudut-sudut yang positif, seperti mengekalkan sifat-sifat istimewa tertentu yang terdapat dalam sesebuah keluarga seperti pintar, kuat, cantik dan sebagainya. Pada ketika itu, perkahwinan dengan keluarga terdekat adalah lebih baik daripada perkahwinan dengan orang yang jauh kerana sesuatu keluarga itu akan terus mengekalkan sifat-sifat baik tersebut.
Kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, dan tidak ada kemudaratan yang berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan dan mutlak, kemudian perkara itu mempunyai kemudaratan umum terhadap manusia.
LISTEN..LISTEN..LISTEN.. Fenomena LISTEN semakin hangat hingga pelajar Universiti Utara Malaysia mula terkesan dengan tindakan Bawani yang ditunjangi oleh pembangkang. Sokongan padu diberikan oleh pemimpin pakatan dalam mempertahankan tindakan Bawani.
Baru-baru ini Bawani dilihat berjumpa dengan Nik Aziz untuk meminta sokongan dari Mursyidul Am PAS itu. Butir perbincangan tidak dapat didedahkan di sini namun ada cerita panas dan perancangan masa depan dengan menggunakan Bawani untuk memenangi pilihanraya akan datang.
Yang peliknya. Kenapa tiada seorang pun pemimpin BN yang memberi sokongan terhadap Sharifah Zohra Jabeen? Siapa pula yang akan membantu Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia ini untuk menghadapi segala tekanan yang diterima?(selanjutnya)